LANJUTAN PAS SITA PONDOK GETING : FITNAH PAS KONONNYA ABDULAH SAAMAH TANDING TURUT DIMAINKAN #TolakPR #PRU13 #GE



Pondok An Najmiah Getting disita Majlis Daerah Tumpat (MDT) sejak Ahad lalu kerana dikatakan membina bangunan tambahan tanpa kelulusan dan kebenaran Yang Dipertua MDT.
Menurut pengasas pondok Tuan Guru Hj Abdullah Saamah, MDT telah menghantar 4 notis sejak Februari lagi dan satu saman/kompaun telah dikeluarkan oleh mereka berjumlah RM500.00. Beliau juga menjelaskan pelan telah dihantar kepada MDT namun terdapat sedikit perubahan dalam pelan yang dari segi kedudukan bangunan yang dibina serta telah dimaklumkan kepada pihak MDT.
Perbincangan dengan MDT juga telah dilakukan dan MDT tidak mahu bertolak termasuk mahukan tandatangan setiap penama dalam geran tanah itu. Menurut Hj Abdullah untuk mendapatkan kesemua tandatangan tersebut adalah mustahil kerana ada di antara penama yang telah pun meninggal dunia.

Menurutnya lagi setiap hari kelihatan beberapa Ahli Majlis MDT di kalangan ahli PAS yang akan datang serta melaporkan kepada MDT sekiranya kerja pembinaan diteruskan. Beliau juga percaya tindakan MDT ini semata-mata bermotifkan politik untuk menekan beliau yang telah menyerang PAS di ceramahnya.

Poster beliau sebagai calon BN di DUN N.01 Pengkalan Kubor juga telah dinaikkan oleh pihak pembangkang sebagai salah satu usaha memecahbelahkan perpaduan UMNO di sini.

Post a Comment