Umum tahu semalam PM telah UMUM BUBAR Parlimen. Tarikh yang diaggap sangat bersejarah dalam pentadbiran PM NajibRazak. Tentunya 3 April 2013 merupakan simbolik dimana 4 tahun NajibRazak memegang tapuk pemerintahn negara. Selain itu, ada juga orang bertanyakan kepada aku, kenapa NajibRazak mengambil tarik ni? Adakah maksud lain selain itu? Bagi aku maksud lain adalah BN akan menang pilihanraya umum ke 13 ini dengan majoriti lebih tiga per empat.. itu tafsiran aku.
Balik kepada tajuk diatas, kita perlu buka mata, buka hati. Siapa sebenarnya musuh dalam kita memilih undi nanti? Adakah PAS? PKR? tentunya parti ini sekadar ada, namun tiada suara dominan bagi membuat sesuatu keputusan. Kita tahu, dalam menggerak keputusan dalam Pakatan Pembangkang hanyalah DAP. Parti paling dominan dalam Pakatan Pembangkang.
Ok. Kita lihat jumlah kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU mengikut parti komponan dalam PR. Pertama PAS tolak tambah hanya bertanding dalam 76 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan. Kuasa yang ada untuk bersuara dalam membuat sesuatu keputusan hanyalah 34 peratus saja. Itu pun jika PAS berjaya menang di kesemua kerusi yang dia bertanding.
Seterusnya kita lihat pula parti Family Anwar Ibrahim yakni PKR. Umum tahu, anwar bakal PM dalam Pakatan Pembangkang. Namun adakah UMUM juga tahu kepada DAP memilih anwar ibrahim sebagai PM? Persoalan yang harus kita fikirkan. Ok. Kerusi PKR bagi masih lagi tiada yang terkini.. Takpe.. kita tengok kepada PRU lepas.. PKR tanding 97 Kerusi. Adakah semua kerusi PKR Menang? TIDAK!
Dimana kerusi DAP? Tentunya disemua bandar-bandar besar di mana cina yang kaya raya ramai. Golongan elit tak kira melayu cina yang lagaknya semua kekayaan adalah hasil usahanya tanpa bantuan kerajaan terutama sekali dari segi kestabilan ekonomi negara dan keselematan yang banyak menyumbang kepada kekayaan mereka. Jumlah kerusi DAP juga masih menjadi tanda tanya. Pergolakkan dalam perebutan kerusi antara DAP dan PKR juga umum dah tahu. Namun bijaknya DAP, dalam apa jua hal, pasti PKR akan mengalah. KENAPA? Tentu ada sebabnya...
INI ADALAH JUMLAH KERUSI PR SEMASA PRU12.. SIAPA KUASA YANG LEBIH DOMINAN? |
Post a Comment