[ #PRU13 #GE ] 3 Calon #PKR TERENGGANU TUNDUK KEPADA #spendastopa #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat



Selepas 48 jam hari penamaan, tiga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu menarik diri daripada bertanding di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.


Tiga kawasan itu ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi, yang sebelum ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR.
Pengerusi PKR negeri Azan Ismail pada sidang media di sini, berkata tindakan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan serta nasihat daripada PKR Pusat, semalam atas dasar kesepakatan serta menjaga hubungan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).  
“Keputusan tawaran menarik diri itu bukan berdasarkan kepada potensi kemenangan atau kekalahan. Ia untuk menyelamatkan imej pakatan rakyat. Sebab kalau bertembung bermakna dua-dua tidak mahu mengalah. Jadi kita buat keputusan bagi menyelamatkan PR kita, kita mengalah,” katanya.
Calon PKR Kota Putera diwakili Mohd Abdul Ghani Ibrahim, Seberang Takir oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof dan Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.
Walaupun ketiga-tiga calon PKR itu menarik diri, namun nama dan lambang parti mereka kekal pada kertas undi berdasarkan peraturan baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kawasan tersebut kekal bertanding tiga penjuru.
Dalam perkembangan lain, PKR kecewa terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan sesetengah calon PKR bermasalah.


                             Fokus kepada minit 2.00.. pil kuda betul PKR nih.. haha..


Presiden PAS pada ceramah di Kampung Tebakang di Marang malam tadi, berkata mengikut maklumat, mereka khuatir ada antara calon PKR menjadi pengedar pil kuda selain mendakwa ada calon yang meletakkan gambar pemimpin komunis seperti Vladimir Lenin, Joseph Stalin dan Karl Marx di markas mereka.
Azan berkata kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar, terutama daripada pemimpin tertinggi PAS.
“Politik matang negara harus kita pertahankan dan sekali gus menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat Malaysia akan datang, dan mungkin ramai lagi pemimpin-pemimpin muda akan tampil dan kita harus meletakkan asas yang baik ketika berpolitik,” katanya. — Bernama

Post a Comment