Menurut semua sumber dalaman Pakatan Ranjang, DAP berjaya meletakkan kesalahan dirinya yang kononnya hanya kesilapan teknikal dalam proses pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan ditukarkan kepada ROS zalim dan merupakan sabotaj terbesar kepada DAP pada PRU kali ini. Dijangkakan undi kesian terhadap DAP akan meningkat dari pengundi cina.
Lim Guan Eng sengaja menyifatkan langkah ROS adalah satu ‘kezaliman’ dan mengambil kesempatan dengan mengatakan ianya merupakan sabotaj terbesar terhadap DAP.
Menjawab persoalan analisis menghanjing DAP pada PRU ini, aku melihat strategi DAP amat jelas untuk take over lagi 2 parti yang menyokong perjuangannya. PAS dilihat sebuah parti pembangkang yang sangat kuat di semenanjung. Bukti PAS berjaya mendapat kuasa rakyat untuk mentadbir 2 negeri disemenanjung. Manakala DAP hanya mampu mendapat satu sahaja pada PRU yang lepas.
Di semenanjung, pengaruh PAS terutama di kawasan luar bandar sangat kuat, dan terdapat kubu-kubu PAS yang jika diletakkan kayu sebagai calon bertanding bagi PAS, konfrem PAS akan menang. Oleh sebab itu, DAP mempergunakan sokongan PAS yang dilihat mampu mengangkat DAP ke Putrajaya. Orang kampung terutama lebai PAS yang hidup di bandar pastinya akan terpesona melihat bulan dikertas undi tanpa memikir siapa yang ditanding itu. Janji PAS, maka akan dipangkah. Dengan kata mudah orang melayu akan tertipu dan terpedaya dengan dakyah terkini DAP ini.
MELEBIHI UMNO TAPI MASIH GAGAL MENANDINGI BN... |
Kenapa hanya disemenanjung sahaja DAP menggunakan logo PAS? Ini kerana, hasil dari Pilihanraya Sarawak sebelum ini membuktikan, bahawa PAS tidak akan mendapat sokongan dari pengundi Borneo yang menyaksikan PAS gagal mendapat kerusi di semua kerusi yang ditandinginya. Dengan kata mudah "LOGO PAS TAK LAKU DI SABAH DAN SARAWAK".
Sabah dan Sarawak kurang berminat terhadap Parti Politik yang berunsurkan agama, jesteru, DAP akan mengambil PKR sebagai topeng untuk dipertandingkan di sana. Ini semua strategi DAP. Bagi aku strategi ini bakal berjaya. Selain kesian, DAP berjaya sembunyi di bawah payung PKR.
Apa agenda tersembungi DAP yang sebenarnya? Menjawab persoalan ini, anda perlu kosongkan minta. Fikirkan.. DAP telah lama menginginkan rasa bagaimana mentadbir negara seperti sahabatnya PAP di Singapura. DAP sedar, dengan logo DAP mana mungkin DAP diberi mandat oleh rakyat dek kerana sikap DAP yang ketika ini telah banyak menjatuhkan imej DAP sendiri terutama selepas DAP berjaya mentadbir Pulau Pinang. Sedar atau tidak sedar, DAP sebenarnya telah tumbuh dalam PKR dan PAS telah lama. Buktinya PAS telah mencalonkan bukan Islam di bawah kelab penyokong PAS sendiri.
Persembunyinya ini adalah bersifat ambil alih terus PAS dan PKR bagi tujuan sokongan penuh dan memperdayakan bumiputra. Jangan terkejut jika DAP dalaman PAS dan PKR ini membuka topeng masing-masing setelah berjaya mendapat mandat nanti...
Post a Comment