Rasanya semua dah tahu Pakatan Ranjang memang target nak juga Putrajaya. Tak kiralah apa nak jadi nak juga Putrajaya walaupun sebelum ni pernah diorang kata nak lelong Putrajaya jika dapat memerintah negara suatu hari nanti.
Namun itu semua kisah dulu dulu. Sekarang tahun 2013, Pakatan Ranjang membuka buku baru. Kisah tajuk buku baru misi menawan Putrajaya. Untuk itu aku bawakan analisis bagaimana cara untuk menawan Putrajaya.
PERTAMA
Menanam apapun kesalahan yang mereka buat ianya salah UMNO/BN
Contohnya paling mudah adalah kesalahan DAP dalam CEC yang memang jelas salah sendiri. Cara untuk meutup salah mudah sahaja, cari pasal dengan RoS lepas itu kaitkan dengan UMNO/BN.
Contoh lagi, SpendaStopa keluar youtube. Yang membuat seks itu tidak dihina mahupun dipecat. Macam biasa, ini semua salah UMNO/BN.
Contoh lagi, krisis air Kelantan dan Selangor. Salah Kerajaan Pusat (UMNO/BN).
Banyak lagila.. korang pun tahu.. ayat last.. Ini semua salah UMNO/BN.
KEDUA
Menanam perasaan tidak hormat kepada pemimpin negara (UMNO/BN)
Contoh : Apabila berceramah tentunya akan penceramah Pakatan Ranjang akan menggunakan bahasa seperti Bekas Perdana Menteri Najib Razak, atau bekas menteri itu dan ini. Namun apabila pemimpin mereka pula, diletakkan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri, Tan Sri Mulia, Tuan Guru Anwar Ibrahim!!! Angkat lambung tinggi..
KETIGA
Mendewa-dewakan pemimpin mereka kononnya bersaih suci dari dosa
Contoh : Anwar Ibrahim walaupun pelbagai video seks, liwat jelas wajahnya, jawapan mudah.. Ini semua salah UMNO/BN. Video SpendaStopa keluar, Stopa tutup mulut serah kepada peguam tanpa perlu menjawab atau mempertahankan diri, nak tutup mudah saja, ini semua salah UMNO/BN.
Contoh lagi : Nik Aziz kata Nabi Muhammad serupa mamat kampung yang memang jelas menghina Rasullullah S.A.W. tapi masih disokong golongan penyokong PAS umumnya.
KEEMPAT
Teknik meramaikan orang di ceramah pakatan ranjang
Guna Banner/bunting tulis nama besar seperti Anwaribrahim/NikAziz akan hadir, guna FB twitter pemimpin mereka kononnya nak hadir. Dan Pengacara Majlis pula akan memainkan peranan, ayat yang biasa digunakan "AnwarIbrahim/NikAziz dalam perjalanan ke sini" seterusnya "Sedara sedari sekalian, sebentar lagi kita akan bersama dengan AnwarIbrahim/NikAziz" tapi bila dah dekat jam 12 malam jer " AnwarIbrahim/NikAziz sudah berada disimpang jalan depan, kita dapat makluman kawasan ini tidak selamat/ AnwarIbrahim/NikAziz mendapat panggilan yang lebih penting" Tetiba jer kan.. Aku dah buat analisis ni bukan sekali dua, banyak kali dah ayat diatas digunapakai..
Besoknya akan keluar dalam lidah PAS/PKR/DAP menang dah kita di kawasan ini..
KELIMA
Buat kecoh untuk mendapatkan perhatian
Contoh : Khalid Samad calon Parlimen Shah Alam tetiba jadi hero filem tamil meyoran sebab penyokongnya tak berani masuk rapat sebab tak ramai dari penyokong BN. Kesudahannya kecoh di pusat penamaan calon itu. Macam biasa ini semua salah UMNO/BN.
KEENAM
Teknik menarik perhatian bila dah tak laku
Menggunakan artis yang dah taklaku sebagai calon atau hadir di ceramah sebagai medium penarik perhatian dan hiburan ringan-ringan di ceramah yang sudah makin tidak mendapat tempat di mata masyarakat. "Dulu artis haram, sekarang? Macam Haram jadah.." hahaha...
KETUJUH
Teknik mempergunakan pesara kerajaan yang berjawatan tinggi
Tujuan mudah mendedah segala dalaman kerajaan yang gagal didedahkan mereka. bayaran lumaian. Cara ini lebih mudah dipercayai rakyat kerana bekas pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi ini yang dedah. Namun yang dedah ini hakikatnya mudah saja, kecewa bila penchen takdapat projek. Sebab kebiasaannya seseorang pegawai tinggi kerajaan yang bersara pastinya akan mendapat projek, ataupun jawatan kontrak. Kira masyuk lagila. Persoalannya sebagai pegawai tinggi kerajaan dulu, apa yang kau buat bagi menangani kegagalan tersebut? Nampak sangat diri sendiri gagal. Tak caya tanya lah bekas pegawai bawahan mereka. Pastinya mereka ini gagal memimpin. Bila penchen terus diketepikan. Jumpa Pakatan Ranjang minta dicalonkan parlimen.
Post a Comment