Anwar Ibrahim didakwa pada mulanya tidak mahu bersalam dengan Dr Mazlan Ismail,
calon BN Permatang Pauh tetapi terpaksa juga selepas orang ramai meminta beliau
berbuat demikian.
Tindakan Anwar itu disedari oleh orang ramai yang hadir di tempat pengumuman calon sebentar tadi. MiM hairan kerana Anwar bertindak demikian seolah-olah berlagak angkuh tidak gentleman.
Atau apakah Anwar sudah mulai resah berdepan dengan Dr Mazlan Ismail, calon BN yang dianggap buku bertemu rusa di Parlimen Permatang Pauh?
Sumber di Permatang Pauh melaporkan bahawa ramai ahli dan penyokong PAS di Parlimen tersebut sudah tukar angin dan akan menyokong Dr Mazlan Ismail. Tambahan pula, mereka sudah lama kenal dengan calon BN tersebut sebelum ini memandangkan calon BN itu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.
SUMBER : MiM
Post a Comment