[ #PRU13 #GE ] BONGKAR STRATEGI #DAP BAGI MENDAPATKAN JOHOR !!



Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA dan sekaligus melumpuhkan UMNO di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini.

DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. Jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman.

Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA.


Ke arah itu, DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor di kerusi parlimen Kluang. Manakala penyandang kerusi Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan bertanding di Kulai


Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini.


Untuk rekod pada tahun 2008, DAP bertanding di enam kerusi Parlimen, menang satu iaitu di Bakri  dan daripada 12 DUN, mereka menang empat kerusi.  DAP menjadikan pilihan raya 2008 sebagai petunjuk prestasi bahawa mereka adalah lebih baik berbanding Pas dan PKR. Pas pula bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 34 DUN, hanya menang dua kerusi DUN. Manakala  PKR  bertanding di 10 kerusi Parlimen dan Dun tetapi kalah kesemuanya.






Post a Comment