[ #PRU13 #GE ] #IniKaliLah Amanat Penting Tun M di Putrajaya Malam ini



Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed  malam ini( 28 April) akan memberikan amanat penting kepada seluruh  negara  dari  Putrajaya- sebuah Wilayah terindah  yang terbina  atas inisiatifnya yang mahu dijual atau digadaikan oleh Pas.

Mahathir memilih Putrajaya untuk memberikan amanat ini kerana  sekiranya Pas berkuasa   maka  ini adalah peluang terakhir baginya untuk berucap di kota ini.

Mahathir juga dijangka akan menyentuh beberapa janji yang dibuat dengan mudah oleh calon PAS di Putrajaya. Antaranya mahu   mengecualikan kakitangan kerajaan gred 41 ke bawah dari cukai dan akan menurunkan cukai bandar Putrajaya dan sewaan kedai di Putrajaya.

Orang ramai di jemput hadir untuk mendengar amanat ini di di PDM(Pusat Daerah Mengundi)  Taman Metropolitan Jalan P 9/G Presint 9  jam 8.30 malam ini.


Sementara itu orang ramai yang menghadiri suatu perhimpunan Pas malam tadi di Putrajaya amat marah kerana mereka telah dibohongi terang terangan dengan kononnya  100 orang pemuda Putrajaya menyertai Pas  dengan  hanya menunjukan seorang pemuda  menyerahkan borang bagi pihak 100 orang  kepada Ketua Pas Putrajaya  tanpa penyertaan kehadiran 100 orang pemuda tersebut.

Kata Osman Amin seorang pegawai kerajaan di Putrajaya "Ini adalah pembohongan terang terangan. Husam ingat bila dia boleh bodohkan orang Kelantan maka kami juga boleh dengan lakonan seumpama ini dan perbuatannya adalah merendahkan kemampuan berfikir kami anak anak muda Putrajaya.

Kebanyakan  yang hadir  di perhimpunan Pas di Putrajaya malam tadi terdiri dari penyokong penyokong Pas dari daerah berjauhan termasuk dari  Kelantan sebagai langkah perangsaraf Pas  untuk meyakinkan orang ramai bahawa penduduk Putrajaya menyokong Pas."

Bagaimanapun gambar yang disiarkan di Harakahdaily  menunjukkan ribuan orang yang hadir berkupiah putih adalah menceritakan hal yang sebenar kerana tidak menggambarkan sifat penduduk Putrajaya yang moden dan progresif..

Post a Comment