[ #PRU13 #GE ] Kematian TKP Kastam Bakal DIPOLITIKKAN? #LainKaliLah #PakatanHarapanRakyat



 
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya. 
Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya. 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi. 
Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya. 
"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata. 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata allahyarham adalah seorang pegawai kanan yang berkaliber dan berdedikasi, lapor Bernama.

Menurut cacai PR, "mungkin disyaki mendedahkan rahsia pembelian cincin dan bag oleh pihak tertentu, lalu dibunuh untuk memberi amaran kepada semua, supaya tiada rahsia penyalahgunaan kuasa didedahkan, "

Komen aku : "Polis tidak perlu siasat kes ini kerana, jawapan telah diberikan oleh cacai PR. Mereka lebih arif. Tanpa siasatan sudah tahu punca berlaku pembunuhan tersebut. Tidak perlu mahkamah, kes selesai dengan hakim rakyat cacai PR ini. Dengan kata mudah apa juga berlaku salah UMNO/BN"


Post a Comment