GAMBAR PETUGAS SPR BERSAMA TAGnya.. PROSES CHOP ini diambil gambar oleh CACAI PR!! |
Laporan dedahan undi pos di SINI.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan.
SEGERA DAN PANTAS.
SEGERA DAN PANTAS.
Menurut sumber dalaman SPR, memang betul undi pos telah mula diposkan kepada semua petugas pilihanraya, pengundi diluar negara, Tentera dan polis yang bertugas luar kawasan termasuk yang bertugas di Lahad Datu bermula semalam. Namun ini gambar kerani SPR sedang dalam proses chop. Cacai dalaman SPR telah ambil dan hebahkan..
Menurut laporan BERNAMA :
Semua kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir (PTH) untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan dihantar esok (Rabu).
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kertas undi itu akan dihantar ke 103 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
"SPR memberi jaminan proses penghantaran dan penerimaan balik sampul kertas undi tersebut selamat...pengundi luar negara tidak perlu rasa bimbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pengundian bagi pemilih di luar negara ditetapkan pada 28 April (Ahad), masa penyerahan dan penerimaan balik sampul ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.
Bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, tarikhnya sama, namun tempohnya lebih singkat iaitu dari 9 pagi hingga 6 petang.
Sehubungan itu, Wan Ahmad menasihati mereka supaya mengundi di tempat sampul kertas undi diserahkan bagi mengelak sebarang masalah.
Menurut sumber PDRM pula :
Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:
UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.
Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.
Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.
Post a Comment