Ramalan aku PRU13 ini Anwar Ibrahim bakal berkubur. Kalah di arena sendiri. Permatang Pauh menghukum HUDUD terhadap kesalahan liwat yang dilakukannya. Buktinya, Lim Kit Siang sedang bengong jika Hadi Awang diangkat jadi PM. Tentunya perancangan DAP perlu dikaji balik. Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, memang mudah, untuk jatuhkan Hadi agak susah.
Menurut sumber AntaraPos dipetik sebagai berkata :
Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berceramah di Johor Bharu semalam menzahirkan kebimbangannya jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri.
Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor, Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu “tentunya sama-sama akan bimbang” jika Hadi menjadi Perdana Menteri.
“Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Hadi menjadi Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah sama-sama akan bimbang…terhadap apakah yang beliau akan lakukan kepada kita semua. Betul, tidak?’ kata Kit Siang.
Perbuatan Kit Siang meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan kelak.
Post a Comment