[ #PRU13 #GE ] LKS SERANG PEMBANGUNAN NUSAJAYA SEBAB DAH LAMA NGIDAM KEUNTUNGANNYA #LainKaliLah

Mungkin terlalu terdesak untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor, Pakatan Haram beriya-iya mengarahkan pencacai-pencacai mereka menyerang kemajuan yang sedang diusahakan kerajaan di Nusajaya yang terletak di dalam wilayah Pembangunan Iskandar, Johor.

Terbaru, puak-puak yang suka membangkang perkara positif yang dilakukan kerajaan BN itu menyebarkan propaganda kononnya bilionare terkenal, Tan Sri Robert Kuok, membeli tanah di sana dengan harga rendah dan tidak mengikut pasaran.

Kata mereka, Robert Kuok perlu membeli tanah tersebut dengan harga RM720 sekaki persegi berbanding harga RM334 sekaki persegi bagi tanah berkeluasan 12.7 ekar. Kononnya itu harga sebenar tanah di Nusajaya…

Mereka mendakwa urusniaga penjualan tanah itu dibuat bagi memenuhkan kantung BN untuk menghadapi PRU ke-13 ini dan dikaitkan pula dengan calon BN merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, yang menentang Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Kononnya dengan menyerang Abdul Ghani, mereka dapat menyelamatkan karier “mursyidul am” DAP yang bakal terkubur di Gelang Patah? Silap besarlah…

Sebenarnya, harga tanah yang dibeli Robert Kuok itu sangat berpatutan dan mungkin boleh dikategorikan sebagai “mahal” bagi ejen-ejen hartanah yang berpengalaman di Johor. Bayangkan, harga RM334 sekaki persegi dikatakan “murah” oleh puak-puak pembangkang itu?

Memang benar harga tanah di Nusajaya sekarang mencecah RM720 sekaki persegi di sesetengah lokasi yang strategik. Tapi perlu diingat bahawa tanah setinggi itu hanya melibatkan kawasan yang sudah dibangunkan, maju, memiliki prasarana dan kemudahan asas yang lengkap!

Dalam ertikata lain, tanah yang dibeli di Nusajaya dengan harga RM720 sekaki persegi itu tidak perlu lagi dibangunkan atau dibina kediaman-kediaman, pusat membeli belah, kemudahan asas seperti air dan elektrik, taman rekreasi, masjid dan sebagainya oleh pelabur.

Berbanding dengan tanah kosong yang dibeli Robert Kuok, sudah tentu beliau perlu mengambil risiko membangunkan tanah itu sebaik mungkin. Setelah dibangunkan nanti, barulah tanah itu boleh dianggarkan berharga RM720 sekaki persegi.

Malah menurut jururunding penilai hartanah, Messrs Assets Sdn Bhd, tanah yang dibeli Robert Kuok itu sebenarnya bernilai RM330 sekaki persegi sahaja mengikut harga pasaran terkini di Nusajaya dan ini menjadikan bilionare itu membayar 1.21 peratus lebih tinggi dari harga pasaran sebenar.

Pelabur manakah yang sanggup beli tanah kosong di Nusajaya dengan harga RM720 sekaki persegi? Pakatan Haram fikir pelabur-pelabur bodoh seperti mereka?  Awal tahun ini tanah di Puteri Harbour dijual pada harga RM401 juta ataupun RM211 sekaki persegi.

Jadi, wajarlah tanah itu dijual dengan harga RM334 sekaki persegi. Lagipun, projek pembangunan itu adalah hasil kerjasama dengan GLC negara, Khazanah Nasional, yang memegang saham 30% dari jumlah keseluruhan projek. Keuntungannya nanti masuk ke “akaun rakyat” juga nanti…

b_p9Nusajaya
Puak Pakatan Haram memang kerjanya membangkang, betul atau tidak, tak kisah.  Patut semaklah dulu, takut termalu nanti.  Kalau ditengok jualan tanah di Iskandar Malaysia baru-baru ini, DRB-Hicom jual 614 ekar tanah pada harga RM20 sekaki persegi.  Tu belum masuk Sunway Bhd beli 779 ekar tanah penghujung tahun lalu pada harga RM413 juta ataupun RM22 sekaki persegi.

Jadi dengan kepercayaan Robert Kuok kepada usaha pembangunan kerajaan BN Johor, ia mampu dijual dengan harga RM334 sekaki persegi.

Kelantan ada harga tanah kosong semahal dan bernilai tinggi itu? Di negeri mundur ke belakang yang dipimpin PAS itu tak mungkin ada harga tanah begitu. Kalau hanya mampu membina sebuah TESCO saja bagi seluruh Kelantan, jangan haraplah dapat saingi kemajuan hartanah di Johor…

Saya rasa jijik dengan cara pendekatan politik puak-puak Pakatan Haram yang “anti-establishment” begini. Perkara yang menguntungkan rakyat pun mereka bangkang dan buruk-burukkan. Kalau begini cara mereka, tidak hairanlah kalau pelabur lari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Nusajaya-Projects
Saya yakin, sekiranya kawasan Nusajaya itu dibangunkan sepenuhnya oleh kerajaan BN kelak, ia bakal menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan bagi anak-anak Johor. Jadi tak payahlah anak-anak Johor itu “merempat” di negeri orang bagi mencari sesuap nasi seperti anak-anak Kelantan!

Begitulah kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan BN yang dicemburui puak-puak Pakatan Haram. Kelebihan itu tidak akan dapat dikalahkan oleh pihak pembangkang dan mungkin kerana terdesak, mereka cuba memburuk-burukkan imej pembangunan tersebut.

Apa nak jadi dengan puak pembangkang di Malaysia di zaman ini. Kalau nak bangkang pun, bangkanglah secara sihat dan membina. Kalau perkara yang baik dan menguntungkan pun mahu dibangkang, jangan marah kalau rakyat kata “Pakatan Haram sakit jiwa”!

SUMBER : MYKMU

Post a Comment