[ #PRU13 #GE ] MatTaib Sertai PAS UNTUK BERTAUBAT? #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat

MAT TAIB...OHHH ... MAT TYSON...!!! SUATU masa dahulu dialah panglima BN kuat di Selangor.... KINI setelah berusia tenaga dia tidak lagi seperti dahulu... PANGLIMA muda kini diperlukan...TERAS diri tidak lagi memberi jasa malah rasa sedikit terpinggir...mula lah merajuk bawa diri.... alih2 masuk PAS yang pernah dia belasah dahulu... KINI DIA MULA BELASAH DIRI SENDIRI..!!!
Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas. 
Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. 
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986. 
Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun Muhammad berkhidmat dalam tempoh yang singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja. 
Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan Muhammad untuk menyertai Pas sengaja dilakukan pada hari ini, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas bagi mengelakkan daripada timbulnya isu beliau mahu bertanding dan jawatan dalam parti. -sinar harian




Pelbagai spekulasi timbul apabila Mat Taib sertai PAS. Ada juga mulut dari bawahan PAS mempersoalkan keikhlasan Mat Taib masuk PAS disaat akhir ini. Adakah Mat Taib akan menjadi agen UMNO? Kenapa perlu PAS terima Mat Taib.

Serah tidak pernah menipu, Ketika Mat Taib terlibat dalam skandal "wang besar" ke Australia. PAS antara parti pertama yang bangkit menyerang UMNO. Mat Taib juga seperti lupa pertolongan Tun M dalam menyelamatkannya dalam kes itu. Adakah dengan masuk PAS, Mat Taib kini telah bertaubat? 

Kecewa juga mungkin antara satu faktor kuat untuk aku simpulkan sebagai penyebab utama mengapa Mat Taib berubah angin memeluk agama PAS. Dengar juga kata-kata belakang yang kuat bahawa disebabkan oleh kecewa menantunya tidak diumumkan sebagai calon pada 20 April lepas sebagai punca utama tindakan beliau hari ini.

Mat Taib "Wang Besar" beralih arah untuk membersihkan diri? Kenapa dipenghujung career politiknya? 


Post a Comment