[ #PRU13 #GE ] PANAS!! Video Michelle Yeoh #sokongBN #IniKaliLah #BetterNation #PakatanHarapanRakyat



Pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh secara terbuka meminta rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, Najib merupakan pemimpin yang telah melakukan banyak perkara bagi membangunkan negara dan sudah pastinya beliau akan melakukan lebih lagi selepas ini.

"Saya setulus hati berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri, dan saya meminta anda semua memberikan mandat yang kukuh kepadanya supaya beliau dapat memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah," katanya kepada kira-kira 60,000 orang pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Klang, semalam.

Pada majlis tersebut, Najib menegaskan jika perubahan yang dicari rakyat, mereka harus memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan sememangnya sedang melakukan perubahan menerusi pelbagai program transformasi.



Post a Comment