[ #PRU13 #GE ] PENDEDAHAN KENAPA LKS NAK SANGAT GELANG PATAH #IniKaliLah #PakatanHarapanRakyat



"Di mana ada gula, di situ ada semut", mungkin adalah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kehadiran "Raja Gula" Tan Sri Robert Kuok di Iskandar Malaysia di Johor.

Tidak mahu melepaskan peluang "manis" yang ditawarkan di wilayah ekonomi selatan itu, Kuok, yang dilahirkan di Johor, telah memilih Nusajaya sebagai destinasi pelaburan barunya.

Melalui Kuok Brothers Group, beliau telah membeli 5.058 hektar tanah dengan harga RM334 satu kaki persegi daripada UEM Land, di Puteri Harbour, salah satu mercu tanda utama di Nusajaya.

Kesediaan bilionair itu untuk membayar harga setinggi itu menunjukkan bahawa Puteri Harbour adalah satu pelaburan manis yang akan memberikan pulangan yang lebih manis pada masa akan datang.

Kepulangan Kuok tentunya akan membantu penduduk Johor dengan kesan limpahan dengan peluang pekerjaan dan perniagaan daripada campuran bangunan kediaman, serta, unit runcit dan komersil, RM1 bilion dalam nilai pembangunan kasar.

Keluarga Kuok telah menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company pada 1958 dan kemudian membuka ladang tebu pertama mereka menerusi Perlis Plantations enam tahun selepas itu.

Mereka kemudian menjual Malayan Sugar Manufacturing kepada Felda pada 2009 sebelum memperoleh sebuah syarikat gula Australia kemudiannya.

Sebelum meneroka peluang di Iskandar, Kuok telah memaklumkan rakan kongsinya, bilionair Australia Lang Walker, tentang potensi Iskandar Malaysia.

Kuok adalah rakan kongsi Walter dalam projek pembangunan semula Collins Square AS$1.4 bilion di Melbourne, Australia.

Post a Comment