MELAKA 3 April - Tidak sudah-sudah bekas selebriti yang kini aktivis Pas, Bob Lokman, terus diperalatkan oleh pakatan pembangkang khususnya Pas untuk membuat tuduhan, tohmahan dan cercaan kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di pentas ceramah mereka.
Terbaru malam tadi, sekali pun kredibilitinya di pentas politik dan kewajaran pembangkang memperalatkan beliau terus dipersoalkan ramai orang, Bob Lokman membuat tuduhan liar yang tidak berasas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata Bok Lokman, Perdana Menteri sengaja melambat-lambatkan pengumuman pembubaran Parlimen kerana mahu mencetuskan huru-hara sekali gus membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Walaupun tuduhan Bob Lokman itu terang-terang tidak berasas dan tidak akan dipercayai umum, namun dia tetap menegaskan sedemikian ketika berucap dalam ceramah di pentas pembangkang di Taman Indah 2, Padang Jambu, Bukit Baru dekat sini malam tadi.
Lebih keterlaluan, dia secara membuta-tuli mengaitkan persoalan huru-hara dan kelewatan pembubaran Parlimen dengan tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan lain-lain tragedi di negara ini sebelumnya.
Katanya, Perdana Menteri mempunyai taktik untuk membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu dengan mengadakan huru-hara.
"Najib penakut tak bubar Parlimen. Mungkin tak bubar Parlimen ini ada satu taktik lain yang boleh membatalkan segala-gala yang mencetuskan huru-hara.
"Al-Maunah berlaku dekat pilihan raya, kes Ibrahim Libya juga dekat pilihan raya dan Lahad Datu juga berlaku dekat pilihan raya. Apa makna ini?
"Pemimpin ini penuh pengalaman dengan kejahatan dan penipuan dan mereka ini orang yang sangat tersusun dalam mengatur kerja mereka walaupun kerja-kerja jahat," katanya.
Populariti Bob Lokman nampaknya semakin menurun terutama di kalangan penyokong Pas sendiri apabila kehadiran beliau hanya mampu menarik kira-kira 200 orang khayalak ke program ceramah itu. - UTUSAN ONLINE
Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS.
Menurut beliau, populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.
Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan.
Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS.
Menurut beliau, populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.
Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan.
Post a Comment