[Bersatulah PAS dan UMNO] MB Kedah Solat Hajat dan Baca Yasin Khas Buat Azizan?


Apa perasaan hgpa pabila melihat pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah yg merupakan MB Kedah baru sedang khusyuk membaca Yaasin dan doa selamat buat pemimpin tertinggi Pas Kedah yg merupakan mantan MB Kedah yg sdg terlantar sakit ketika ini? 

Apakah ini corak politik di Kedah selepas ini di mana UMNO dan Pas akan bersatu? 

Adakah ini titik temu di antara UMNO dgn Pas setelah sekian lama berseteru hingga menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah belah? 

Marilah kita berdoa semoga mantan MB Kedah Azizan Razak kembali sembuh dan sihat..marilah kita sama2 berdoa agar UMNO dan Pas bersatu dan titik penyatuannya bermula di bumi Kedah yg kita chentai ini..Insya Allah..JOM BERDOA!!!

Post a Comment