Jangan Sampai #silentmajority BERSUARA!! Cadangan Lucut Kerakyatan bagi Mereka sertai #blackout505


sebahagian daripada beratus-ratus rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengadakan perhimpunan haram di Taman Merlion, Singapura, baru-baru ini. - AGENSI

SINGAPURA, 15 Mei - Pihak berkuasa Singapura membatalkan pas kerja seorang daripada 21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei lalu.  
Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan, hari ini berkata. SPF berkata, baki 18 individu rakyat Malaysia terbabit, pas kerja mereka akan disemak semula oleh pihak berkuasa Singapura, sebaik-baik siasatan lanjut selesai, selain majikan mereka akan dimaklumkan tentang perkara itu. 
"Amaran bersyarat turut dikeluarkan kepada semua 21 rakyat Malaysia yang ditahan itu," kata SPF. 
SPF turut menegaskan bahawa Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu. 
Katanya, warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang negara ini dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura. 
SPF berkata, ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA


Jika di Singapura boleh laksana sebegini. Kenapa tidak Malaysia buat sesuatu bagi mengjaga keamanan dan kesejahteraan bersama. Cadangan macam melampau bunyinya. Namun kita perlu buat supaya rakyat terutamanya penyokong pembangkang tidak membuat kacau. Jangan sampai silent majority bersuara. Jika benar pilihanraya tidak bersih gunakan saluran yang betul! Jangan buat negara ini serupa tiada undang-undang. BERHENTI HANYA BERI AMARAN! Nanti ada yang naik kepala!

Post a Comment