Semakin dekat dengan PRU, makin banyak spekulasi cuba ditimbulkan oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Bagi pihak BN tentunya PRU akan datang adalah kayu pengukur kepercayaan rakyat untuk keberlangsungan memimpin negera ini.
Dan bagi pihak PR pula, ianya satu titik awal permulaan kepercayaan rakyat bagi mereka terus menakluki banyak lagi negeri dan seterusnya menggapai impian ke Putrajaya. Kita jelas hari, pelbagai strategi telah dibuat, antaranya mendaftarkan lebih ramai pengundi di setiap kawasan supaya mereka terus diberi mandat.
Tahukah kita, insan yang bergelar melayu? Negara kita bernama Malaysia. Gabungan Malay dan Asia. Namun sedarkah kita, Malaysia di masa depan bakal diubah wajah dan penampilan oleh cina? Takpayah cakapla cina ini berpartikan DAP mahupun MCA, matlamatnya sama, yakni memimpin negara.
Jika DAP menang, adakah cina di MCA masih lagi mahu menongkat BN di bawah UMNO? Tentunya BN akan ditinggalkan. Dan tentunya BN hanya akan disokong oleh orang melayu yang baru sedar dan bangun dari mimpi-mimpi indah.
Sedarkah kita? Saban hari DAP mendaftar berapa ramai pengundi cina? Kenapa DAP begitu teruja mendaftarkan pengundi cina? Inilah caranya mereka mendapatkan mandat memerintah negara.
Barisan Nasional juga dilihat kini umpama makin tersepit, nak harapkan pengundi melayu, PAS telah berjaya memecahkan melayu. Nak harapkan pengundi muda? Berapa ramaikah pengundi muda melayu yang telah didaftarkan UMNO?
Dek kerana tersepit, BN menghadiahkan pelbagai hadiah kepada pengundi cina. Macam-macam dijanjikan dan diberikan. Cina dimanjakan walaupun BN menang dek kerana sokongan melayu seperti di Hulu Selangor. Jelasnya, di kawasan Cina BN kecundang, namun yang diberi bonus 2 juta kepada cina.
PAS dengan slogan negara Islamnya sekadar retorik politik yang mana sebenar niat PAS adalah untuk melihat UMNO kecundang. Cara PAS mudah, pecah belahkan melayu, PAS mesti menang dengan memainkan isu Islam. Kononnya merekalah Islam yang betol.
Kalu kita selidik dan lihat balik kerusi Parlimen di seluruh Malaysia, yang telah diterajui oleh Pakatan Rakyat. PAS hanya 22 kerusi, PKR pula baru 23 kerusi. Manakala DAP sekarang sudah mampu menjadi PM dengan 30 kerusi.
Dengan 30 kerusi Parlimen, DAP bijak mengatur langkah, dengan membiarkan kambing hitam kononnya diagungkan sebagai Anwar sebagai PM. Apakah selepas ini jika PR berjaya mengambil alih Malaysia, DAP masih mahukan Anwar??
Yang tentu dan logiknya, parti mana di bawah PR yang memegang banyak kerusi di Parlimenlah yang akan menjadi PM. Tentunya, DAP. PKR pun bukan semuanya melayu, yang melayu cuma Anwar dan keluarganya. Yang lain di bawah adalah cina dan india.
Kalau kita masih terlena, tentunya DAP merupakan Perdana Menteri Malaysia.....
Tahukah anda??
DAP merupakan satu parti yang hingga kini konsisten dalam memastikan mereka menjadi Perdana Menteri. Tanpa sebarang ombak, berita komplikasi dalaman parti dan sokongan masyarakat cina yang semakin bertambah, DAP mampu merampas negara Malaysia ini. Dan jika DAP berjaya, tentunya cina menjadi PM dan cina jugalah yang akan menjaga ekonomi swasta dan negara. Di manakah Melayu pada ketika itu??
Post a Comment