MESTI TONTON!!! Kroni PAS Kelantan : "Ore semua deki kek anakda"

Ariffahmi adalah lelaki terbaik di Kelantan?? nak tahu selanjutnya? Jom tonton.

Sedutan dari video.

"Dalam aktiviti saraf ni, bila kita melemahkan, kita menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan persepsi yang boleh melemahkan presiden UMNO waktu itu, Perdana Menteri Malaysia. Bererti kita mengambil beberapa elemen yang kemudiaan kita pusingkan supaya nampak kita lebih baik, dia tidak baik. Jadi benda itu yang kita lakukan. Untuk menumbangkan musuh selalunya lebih mudah kita menyerang kepada pimpinannya."

"Bagi saya munafiklah orang PAS, kalu dia tidak mengaku bahawa PAS buat segala yang UMNO buat.....Apa yang PAS tuduh UMNO buat, semua PAS buat. PAS bayar tiket, beli tiket untuk pengundi di Sabah dan Sarawak balik mengundi di Kelantan. Kita bayar, kita keluarkan duit, kita bayar untuk orang mengundi, orang datang mengundi, pengundi datang ambil duit dari rumah pimpinan PAS. Kita buat. Saya sendiri jadi saksi tengok. Benda-benda itu kita bagi duit kepada orang dan sebagainya. Kita daftar pengundi, kita daftar buk balik, kita pindah pengundi, termasuklah aktiviti geraksaraf. Tetapi mengapa mereka cuba menafikan? Senang bagi mereka untuk menuduh orang munafik, tetapi dalam masa yang sama saya rasa mereka melakukan benda yang sama"

"Yang menimbulkan misteri ialah pimpinan PAS sendiri cuba mengelak dari menjawab, tidak mahu mengaku, itu yang merupakan misteri, saya rasa mengapa mereka mengelak seolah-olah mereka tidak tahu menjawab dari mana datangnya duit 4 Juta itu."

"...dalam laporan itu jelas mengatakan PAS gagal dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam kepimpinannya. Dan Dasar Membangun bersama Islam itu sendiri gagal diakui oleh PAS...."

"..Pengurusannya lemah, sebab mereka tidak mahu mengambil pengurusan secara profesional. Mereka mahu orang-orang PAS sendiri yang mengurus sebab pada mereka orang-orang PAS itu lebih Islam daripada orang-orang lain. Sebenarnya dasar yang sama mereka mahu "kek" ini kekayaan ini dikongsi mereka sahaja. Bukan kepada masyarakat. Jadi, ini antara sebab-sebab gagalnya aktiviti-aktiviti kerajaan negeri. Kemudiannya dibuat dengan ketiadaan ketelusan. Tiada tender terbuka dibuat, contohnya, Projek Bazar TokGuru. Yang mana menantu menteri Besar sendir membuat keputusan sendiri tidak membawa kepada ahli jawatankuasa penasihat PMBK...."

"Bukan lagi budaya, dah jadi satu kewajipan, siapa yang nak dapat projek dari Kerajaan Negeri Kelantan perlu berjanji untuk menderma sekian-sekian..."

Post a Comment