PAS kata UMNO fasik sebab halalkan arak tapi Kilang Carlsberg diBESARkan lagi

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tahniah diucapkan kepada PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana mempunyai Duta PAS ke Carlsberg, iaitu Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Gereja... Sesungguhnya perjuangan PAS membela kilang arak wajar dipuji. Aku menjangkakan khabar kilang Carlsberg di Shah Alam akan ditutup, tetapi, ianya tidak ditutup, cuma akan dipindahkan ke lokasi baru. Itulah yang dicadangkan oleh Duta PAS ke Carlsberg, Father James Khalid.

Langkah tersebut wajar dipuji bertepatan sekali dengan slogan Membangun Bersama Carlsberg yang bakal diwar-warkan oleh kepimpinan PAS, iaitu Tok Garu, Nik Ajiszz... Cadangan memindahkan kilang tersebut ke lokasi baru bakal menambahkan lagi pengeluaran arak di Malaysia sekaligus menggalakkan lebih ramai anak-anak muda Islam untuk meminum arak. Ini kerana telah termaktub dalam perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), arak itu halal, cuma judi sahaja haram. Judi yang diharamkan hanyalah judi berkaitan Piala Dunia sahaja, manakala judi ekor, judi sabung ayam dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), wajar dipuji kerana bersikap membisu dalam perihal penutupan sebuah pusat latihan kemahiran belia di Selangor, ini kerana pusat latihan tersebut boleh dianggap satu pembaziran serta bercanggah dengan perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), iaitu sebarang organisasi yang tidak memberikan keuntungan di dunia perlu ditutup tanpa berkompromi. Manakala organisasi yang membawa keuntungan serta menghanyutkan belia-belia Islam ke lembah dosa, perlu dibantu dan diperbesarkan jika perlu.

Rakyat Selangor yang beragama Islam sewajarnya berterima kasih kepada Father James Khalid dan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana dengan memperbesarkan lagi operasi kilang Carlsberg ini, maka mudahlah mereka mendapat bekalan Carlsberg setiap hari. Malah Carlsberg bakal menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa pada masa akan datang. Percayalah. Aku pasti produk Carlsberg ini pasti akan menjadi laku di seluruh Malaysia, di mana kanak-kanak juga mampu membelinya dan meneguknya umpama meneguk air sirap bandung.

Dengan pembesaran kilang Carlsberg juga bakal menyumbangkan banyak kematian dalam kemalangan jalanraya apabila pemandu, memandu di dalam keadaan mabuk. Ini sekaligus dapat mengurangkan populasi penduduk di Malaysia ini. Sasaran PAS (Parti Arak Se-Malaysia), ialah seribu kematian dalam sebulan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol. Malah PAS (Parti Arak Se-Malaysia) juga mensasarkan menjelang 2013, lebih kurang sejuta anak-anak muda beragama Islam akan terus hanyut dengan arak.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), juga dikatakan bakal memperkenalkan perlembagaan baru iaitu mewajibkan semua ahli-ahlinya meminum beer, kerana seperti yang dikatakan oleh Mur-shit-ool Am PAS (Parti Arak Se-Malaysia), Tuan Garu, Nik Ajiszz Nek Nak, arak tidak haram, yang haram ialah judi Piala Dunia.

Apapun kita ucapkan tahniah kepada Father James Khalid dan kepimpinan PAS (Parti Arak Se-Malaysia) yang menyokong pembesaran kilang Carlsberg ini. Semoga Allah membalasnya di dunia dan di akhirat... Amin...

GHOSTWRITER
Sulaiman Tarmizy penah berbahas di wall Dyia Afrina yang kononnya UMNO fasik sebab membenarkan Arak. Bukti dibawah.
Tapi sekarang yang JELAS adalah PAS itu yang FASIK.

11 comments

Post a Comment