Rasanya kita biasa mendengar madah kata ini "Takkan Melayu hilang di Dunia". Namun realiti disebalik madah ini perlu kita tenung sejenak. Ini kerana Melayu pastinya akan hilang di dunia bila hak dan keistimewaannya hilang dek kerana gagal mendaftar undi.
Kenapa aku mengatakan begitu? Semalam aku ada terbaca di BH. HASIL kajian mengenai nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pemilih baru seperti didedahkan akhbar ini kelmarin sepatutnya menimbulkan kesedaran dan perasaan bimbang mengenai masa depan kuasa politik orang Melayu.
Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO itu yang mendapati nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih baru, harus dipandang serius semua pihak, khususnya pemimpin tertinggi dalam UMNO, jika ingin melihat bangsa Melayu terus kekal berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan di negara ini. Perkembangan terbaru itu menuntut kita bermuhasabah mengenai nasib, masa depan dan kelangsungan kuasa di negara ini, khususnya selepas Pilihan Raya Umum akan datang.
Kesannya bukan setakat bertukar kerajaan sahaja, tetapi status majoriti bangsa melayu juga pasti akan bertukar kepada cina. Jelas sekali bila jumlah pengundi di sesuatu kawasan Parlimen tersebut didaftarkan sebagai kaum cina lebih ramai, tentunya wakil dari kaum cina akan dinaikkan sebagai calon walaupun pada dasarnya melayu adalah kaum majoriti.
Daftar mengundi melayakkan kaum cina untuk memenangi kaumnnya sekali gus membawa suara cina yang lebih di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Jika terjadilah suara kaum cina tidak mengira parti hanya melebihi 2 kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat, maka segala keputusan dasar kerajaan mahupun hak keistimewaan orang melayu akan terpadam.
Segalanya mungkin, jika kita hari ini masih enak dibuai mimpi dan gagal bertindak sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bagi memilih pemimpin bagi membawa suara rakyat dan keputusan bagi masa depan orang Melayu.
Aku dapat banyak respon mengatakan bahawa ramai pengundi muda melayu sudah jelak dengan PR dan kurang mempercayai UMNO. Jika kita kurang mempercayai perjuangan UMNO hatta tidak mempercayai PR pun, aku disini ingin mengaja semua bangsaku supaya mendaftar undi. Dengan mendaftar undi dan membuang undi, hak anda akan terjaga.
Wahai Melayu, renungla sejenak, kita bersenggeta, cina ketawa, kita lupa hak kita, cina pasti akan mengambilnya, kita leka dengan kata-kata dusta, cina tunggu untuk naik tahta.... Akhir kata : Politik melayu perlu bersatu, pengundi melayu perlu daftar bagi bersuara, jagalah hak kita, jangan sampai Malaysia dijadikan seperti Singapura....
Post a Comment