Lagi Isu Kebebasan MEDIA ALA Pakatan Rakyat!!

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mendapat liputan dalam media massa kerana gabungan parti berkenaan menurutnya masih mendapat tempat di media baru.NONE"Sebenarnya ini tidak benar (pembangkang tak diberikan akses kepada media) kerana, terbukti sebenarnya mereka dapat akses. 
"Cuma sekarang ini hanya berkaitan dengan akses media (tradisional). Semakin lama peranannya semakin terbatas. 
"Tetapi media baru adalah satu media yang berkembang dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Dan mahu tak mahu mesti mengakui bahwa sebenarnya mereka (pembangkang) boleh akses pada media baru," katanya. 
Dalam sidang media sama, Shabery berkata, kerajaan memberi kebebasan dan tidak mengadakan tapisan terhadap media baru seperti di negara lain.NONEJelasnya, walaupun ada sesetengah negara yang mengharamkan penggunaan laman Facebook dan membuat tapisan pada kandungan media baru, perkara itu tidak akan terjadi di negara ini.
"Negara kita tak ada (sekatan ke atas media baru). Itu adalah bukti yang paling besar bahawa kebebasan bersuara sudah pun ada dan sudah diamalkan dalam negara kita. 
"Mungkin tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya asas itu penting dan patut dihargai," katanya lagi. 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan tugas oleh Datuk Seri Rais Yatim di Putrajaya hari ini. 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. sumber malaysiakini

Pakatan rakyat hari ini macam tak puas hati pula, kurang mendapat tempat di media massa. Mereka macam lupa apa yang mereka buat pada media bila media hadir di PC mereka. nak aku ulang tanyang? Nah ambil Kebebasan Media Ala Pakatan Rakyat...














Mana perginya ayat Menghormati kematangan pengamal media untuk menyusun atur industri media supaya bebas?

Adakah layanan Anwar di dalam video di atas menunjukkan 
KEBEBASAN MEDIA BERSUARA DAN BERTANYA TERUS KEPADA DIA?

APAKAH SALAH SOALAN WARTAWAN ITU TERUS KEPADA DIA?

RAKYAT MENILAI, BELUM MEMERINTAH DAH MACAMNI, KALU DAH MEMERINTAH TAK TAU LER... SILAP SIKIT MAMPUS KENA HALAU.. 

U ULANG I SAMAN!!



Pejuang kebebasan media... tapi paling banyak menyaman media



Post a Comment