#PAS SEBAGAI YDP MAJLIS AGAMA BUKTI #DAP MAHU 'REMOTE CONTROL' AGAMA ISLAM DI PENANG!!


Terkini, Sedar atau tidak apa yang DAP mahukan sebenarnya dalam senarai Exco Pulau Pinang hari ini.

ADUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.

Rashid menggantikan bekas TKM I, Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.

Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.

PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.

PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.

PKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).

Abdul Malik dikekalkan dalam jawatan tersebut.

ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

Yang pasti, Pas sengaja tidak ‘diiktiraf’ untuk duduk dalam sebarang jawatan ecxo negeri itu.

Persuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man langsung tidak tersenarai dalam barisan 11 Exco Kerajaan Negeri yang angkat sumpah.

Salleh ialah ADUN Permatang Pasir .

Isu ketiadaan Exco dari PAS telah mencetuskan persoalan di kalangan ahli parti itu.

Sebenarnya ‘tak perlu’ berdebat mengenai isu ini.

Guan Eng akan senang-senang kata sebab Pas tak banyak kerusi. Habis cerita.


Tetapi kita tahu itu bukan faktor.

Faktor Utama Salleh Man diletakkan hanya sebagai YDP Majlis Agama Islam adalah bagi memudahkan DAP mengarahkan apa saja dalam campur tangannya berkenaan agama Islam.

Tunggu dan lihatlah arahan selanjutnya oleh DAP. Yang pasti konfrem entry aku kali ini juga akan dikatakan sebagai Racist.

Bukti tangan-tangan DAP sebelum ini!

Post a Comment