[PRK PERTAMA SELEPAS PRU13] Al-Fatihah ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA

A. Rahman bin Mokhtar


ADUN Kuala Besut,Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.


Beliau yang juga Adun Kuala Besut merangkap exco kerajaan negeri Terengganu, meninggal jam 10.18 pg tadi. Marilah sama-sama kita sedekahkah surah Alfatihah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Mengikut undang-undang SPR fasa 2 bahagian 5. Tiada PRK jika kematian ADUN dalam 60 hari selepas PRU. ADUN baru dipilih dari parti Bekas ADUN yg meninggal. Perlantikan Adun adalah kuasa MB kerajaan yg memerintah melantik daripada mana-mana wakil rakyat yg menang.

Post a Comment