BN Sudah Lupa Apa Yang Berlaku Pada #PRU13 : TERkini Sudah Ada Menteri Yang Lupa Daratan?


Memang menteri-menteri ni dah lupa daratan. Tolong ingatkan mereka yang menangkan mereka dulu sebab apa? Dan pulangkan kuasa mereka adalah orang Melayu yang berada luar Kuala Lumpur. 

Sekarang ni mendabik dada macam lah mereka sendiri yang kerja kuat. Yang kerja kuat tu akar umbi yang kerja tak kira hujan panas merayu undi untuk mereka. Orang bandar tak buka pintu gate pun untuk perayu penyokong kerajaan ni. Tengok kita macam sampah.

Tapi apa pemimpin Melayu buat? Tengok la perangai "TUT" ni nampak sangat pendek akal. Pegawai-pegawai kerajaan ni mahu pemimpin Melayu berakal, berjiwa patriotik yang ikhlas dan bijak. Yang dah jadi kayu mati, terutama KSU apa bikin simpan. 

Ni kerja nak bagi siaran langsung PRK Besut ni idea KSU yang dah expired. Orang-orang sama yang pimpin Kementerian dan agensinya masih lagi beroperasi sedangkan Kementerian ni jadi antara sebab utama Kerajaan Barisan Nasional gagal meningkatkan majoriti malah mendapat kekalahan yang amat memalukan di Selangor. 

Sebab Kementerian yang menjaga imej dan mesej kerajaan gagal dan jatuh sembah bumi di dunia media baru. Lebih teruk lagi, mereka gagal di medan sendiri. Orang-orang Melayu dan penyokong UMNO memang berhak marah dengan Kementerian ini dan Menterinya jika masih 'tak sedar diri'.

Pada PRU 13 Kementerian ni gagal tarik keyakinan penonton remaja dan bandar bermakna orang tak tengok la kamu cerita berkenaan apa kerajaan dah buat untuk kamu sebab cara pendekatan yang ketingalan RTM tu rakyat dah tolak. Sebab agensi di bawah kementerian hanya jadi burung kak tua pada kerajaan. Tak ada idea bernas sendiri yang membantu kerajaan.

Bila pegawai muda beri cadangan bos takut nak bawak kedepan sebab dah terbiasa ketua kanan macam KSU dan Menteri sendiri maki hamun mereka sebagai pegawai bodoh. Bila majoriti kurang, siapa yang bodoh. Itu lah nasib orang Melayu. Ada yang berjawatan tinggi tak boleh memimpin. Bodoh sombong pulak tu. Sebab itu info-info dan fakta kunun dari agensi di bawah semua ketinggalan dan selalu salah. 

Semua fokus nak jaga kedudukan masing-masing. Membodek Menteri dengan info salah, idea tak boleh pakai. Perkara biasa lah tu. Kalau Menteri baru dan tak pandai, kena jual juga lah gitu.

Post a Comment