[Kebebasan MEDIA] Anwar UGUT SAMAN @bernamadotcom isu WikiLeaks?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.

Respon Bernama:
Bernama tidak bimbang kerana apa yang dilaporkan adalah disebut dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Parlimen adalah gelanggang rakyat. Dan Rakyat berhak membaca dan mengetahui apa saja yang dibincangkan dalam dewan berkenaan. PENYATA RASMI (HANSARD)  Parlimen merupakan bukti kukuh apa yang disebut dalam dewan rakyat semalam.



Post a Comment