Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan simulasi mencelup dakwat kekal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada wakil-wakil media di Pejabat Daerah Kuala Besut di sini pagi ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dalam satu kenyataan yang diedarkan selepas simulasi itu memberitahu, bagi mendapatkan kesan tanda dakwat pada jari, pengundi dinasihatkan supaya memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup.
"Selepas jari dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan kira-kira 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya.
Post a Comment