"ARAHAN" TUKAR JADI "NASIHAT" ? Tayang JERLA!! Anak Cina Bukan Nak Tengok Pun Tanda Putera!


Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.
Merujuk surat oleh pihak berkuasa tempatan semalam, exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, beliau sebenarnya menasihatkan dan bukan mengarahkan pengendali panggung wayang tidak menayangkan filem itu.
"Surat saya kepada dua majlis (perbandaran) jelas untuk menasihatkan. Surat ini dihantar berdasarkan keputusan itu. 
"Ketika MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) terima surat saya dan bincangkannya, mereka rasa keputusan itu berdasarkan akta hiburan dan undang-undang kecil dan perkataan terbaik untuk digunakan adalah arahan," kata Chow dalam sidang media sama.
"Bagaimanapun, apabila majlis menghantar surat itu, ia agak berbeza dariapda nasihat kerajaan negeri jadi kami minta mereka keluarkan satu lagi surat," tambahnya.
Chow berkata, terpulanglah kepada pengendali pawagam untuk memutuskan sama ada mahu menayangkannya atau tidak.
Dalam surat sebelumnya, MPPP berkata, lesen premis pawagam dan tempat hiburan dikeluarkan oleh MPPP dan pawagam diarah tidak menayangkan Tanda Putera kerana mengandungi babak sensitif kepada masyarakat tempatan.

"SULAT PUNYA HAL PUN KECOH KA? TAYANG JERLA TANDA PUTERA KAT PENANG. LU INGAT ITU UNDI CINA SAMA U BOLEY KULANG KA? LAGI TAMBAH ADALA.. CUMA ITU UNDI MELAYU MEMANG MAKIN KULANG SAMA U, SEBAB U RACIST PUNYA MAAA!!"

Post a Comment