Kerana Kuasa Bekas MB PAS Kedah Angkat Sumpah PAKAI ANGGUK JER di Hospital, Cap Jari Ganti Tandatangan?

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, di Hospital Sultanah Bahiyah. 
Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,  Datuk Mohd Rozai Shafian, dengan disaksikan Timbalan Speaker, Datuk Azmi Che' Hussain dan Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, Datuk Anas Mohd Zakie. 
Turut hadir menyaksikan majlis itu Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah. 
Menurut bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Helmi Khalid, rombongan tiba di HSB kira-kira jam 12.30 tengah hari dan memaklumkan kepada Azizan tujuan kehadiran mereka. 
"Pada jam 12.45, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Syed Isa Syed Ibrahim membacakan ikrar taat setia dan diperdengarkan kepada beliau. Beliau kemudiannya menganggukkan kepala dan Speaker menerima anggukan tersebut sebagai sumpah, sebelum mengambil cap jari Azizan sebagai tanda selesai mengangkat sumpah," kata Helmi kepada Harakahdaily, hari ini. 
Berhubung perkembangan kesihatan Azizan, Helmi berkata doktor telah menukar tiub yang berada di kerongkong Azizan dengan tiub yang baru pagi tadi. 
Katanya, jika tiub sebelum ini membuatkan suara Azizan tidak kedengaran, tiub kali ini membolehkan suara beliau didengari. 
Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu. 
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.

Udah-udah ler tew... Kalu dah tak mampu nak jalankan tugas letak jawatan ADUN. Bagi laluan kat orang lain. Apa, orang lain dalam PAS dah takda ka yang layak nak ganti? 

Dulu duk mengata kat Tun M dah Tua, Nyanyok dan sebagainya, Kini kena kat batang hidung sendiri, bukan takat tak mampu menjalankan tugas sebagai ADUN, masalah kesihatan yang perlukan dia banyak berehat. Kenapa Orang PAS ini masih angkat sumpah jawatan ADUN?

Penchen MB tak cukup ker? Tak paham aku! 

Post a Comment