Usaha untuk membawa abu mayatnya pulang ke negara ini seperti mencabar kerajaan yang telah ditentang secara kejam dan ganas oleh Chin Peng. Maka DAP telah cuba menghidupkan sentiment walau kejam dan jahat seperti Chin Peng, anda akan tetap dianggap sebgai wira oleh pakatan pembangkang. Negara kita akan dibuka pintu seluas-luasnya oleh pembangkang untuk penjenayah dan pengganas. Kita juga sangsi kerana akan ada puak yang bersimpati dan mengganggap penjahat sebagai wira dengannya menjadikan tempat abu mayatnya disimpan sebagai satu tugu untuk memperingati perjuangan keganasan dan kekejamannya.
Chin Peng bersama komunis mungkin berjuang menentang British sebelum kemerdekaan dan juga Jepun waktu peperangan Dunia Kedua antara 1940 dan 1945 namun setelah Malaysia diisytiharkan merdeka dengan rakyat negara ini menubuhkan kerajaan yang mereka sendiri pilih melalui pilihan raya pun masih terus ditentang oleh Chin Peng.
Ini berlaku akibat daripada tidak boleh menerima kenyataan bahawa perjuangan politik komunis berbeza dengan parti yang dipilih rakyat. Chin Peng dengan tegas tidak mahu meletakkan senjata tetapi bertekad mahu terus berperang menentang kerajaan Malaysia pula. Keganasan mereka menular ke kawasan Bandar memandangkan saudara mara mereka ramai berada di kawasan Bandar yang boleh memberi perlindungan kepada pengganas komunis ini.
Mereka telah membawa kepada pelbagai serangan seperti menembak hingga mati Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Perak. Setahun kemudian mereka membunuh Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan telah juga mengebom dan merosakkan Tugu Negara.
Tidak ada perkara yang baik telah dibawa oleh pengganas komunis dalam Negara kita melainkan kenangan derita dan keganasan yang masih menjadi igauan dan mimpi buruk mangsa kekejaman mereka. Oleh itu demi menghormati mangsa kekejaman komunis dan menyatakan ketegasan kerajaan memerangi pengganas dan pemberontak negara maka amat tepat sekali keputusan kerajaan melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
Post a Comment