Sebenarnya, apabila PM Najib Razak memperumpamakan PRU-13 sebagai, MOTHER OF ALL ELECTIONS, beliau tidak silap. Sama ada kita sedar atau tidak, PRU-13 yang lalu merupakan TURNING POINT kepada kekuasaan politik orang Melayu di negara ini. Namun, rahmat Allah SWT masih menaungi kita semua, walaupun dalam keadaan kita berpecah belah dan hanyut dalam dakyah kafir harbi DAP.
Mungkin ada penchacai pembangkang yang menolak perkara ini dengan mengatakan ini semua agenda propaganda dari UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak memberikan undi kepada mereka. Mereka dakwa mereka OK sahaja di Selangor dan Pulau Pinang? OK sahaja? Itulah orang Melayu, selagi tidak terhantuk, mereka cukup malas untuk mengadah.
Mereka juga akan tanya, bagaimana DAP hendak meletakkan Lim Guan Eng sebagai PM, jika pakatan pembangkang diterajui oleh Anwar Ibrahim? Malah, ketika mereka berkuasa di Perak satu ketika dahulu pun, MB mereka dilantik daripada PAS. Di Selangor juga, MBnya adalah dari parti yang paling minoriti, iaitu PKR, dan bukannya dari DAP. Inilah hujah singkat akal mereka kepada golongan yang malas berfikir.
Tahukah anda Presiden Singapura yang pertama adalah seorang Melayu, dan itulah pemimpin tertinggi Melayu yang terakhir di sana? Tahukah anda Lee Kuan Yew satu masa dahulu hanya bercakap Melayu dan berkempen dengan memakai songkok ke semua kampung Melayu, tetapi menghapuskan kesemuanya sekali hanya beberapa tahun selepas mendapat kuasa penuh? Sila BACA DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa perkaitan sejarah kehancuran Melayu Singapura dengan DAP.
Buat mereka yang begitu skeptikal dengan perancangan DAP untuk mengambil alih Malaysia sekiranya pakatan pembangkang menang PRU yang lalu, sila pertimbangkan fakta-fakta berikut:
1. Mengapakah Karpal Singh pernah meminta Anwar Ibrahim "bertaubat" dan menegaskan akan berjuang untuk menaikkan seorang PM bukan Melayu selagi beliau bernyawa sedangkan Anwar Ibrahim masih lagi mengetuai pakatan pembangkang?
2. Apakah tujuan diadakan satu majlis ikrar paderi seluruh negara anjuran DAP Pulau Pinang untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang PM Kristian? Ingat, Lim Guan Eng adalah seorang Kristian yang warak.
3. Mengapakah Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengadakan "Kerajaan Perpaduan" dengan DS Najib selepas kegagalan kempen INI KALILAH dan BLACK OUT 505? Kita pun tahu kaum mana yang memonopoli peserta perhimpunan BLACK OUT 505 di seluruh negara dahulu. Klik di sini untuk baca selanjutnya.
Ini semua kerana Anwar sedar yang beliau tidak akan SURVIVE sebagai PM dalam pakatan pembangkang yang didominasi DAP! Beliau juga sudah terhidu akan perancangan DAP untuk menumbangkan beliau sebagai PM hanya setelah DUA TAHUN berkuasa bagi memberikan ruang kepada LIM GUAN ENG naik sebagai PM KRISTIAN PERTAMA MALAYSIA! Ya, kami tahu walaupun akan ada penchacai pembangkang yang kata ini semua mustahil kerana pastinya PAS atau melayu PKR akan bangkit menentang, tetapi sila pertimbangkan terlebih dahulu dua situasi berikut:
a) Mengapa PAS tidak bertegas mahu menjadi MB di Selangor sedangkan kerusi mereka adalah yang terbanyak? DAP tidak layak kerana tiada calon Melayu yang boleh diketengahkan sebagai MB mengikut undang-undang tubuh negeri. Namun begitu, DAP tidak akan berlepas tangan seperti PAS dan tetap mahukan MB boneka yang boleh menurut semua titah perintah mereka. Di sinilah juga peranan premis-premis maksiat yang tumbuh bagai cendawan di Selangor, ia adalah penyumbang besar kepada sumber kewangan DAP bagi memastikan agar para pemimpin PAS Selangor tidak melawan mereka dan sentiasa "tersandar buncit kekenyangan" dengan bekalan duit dan wanita.
b) DAP mempunyai PERANCANGAN SULIT untuk membawa kembali SINGAPURA ke dalam Malaysia bagi memastikan komposisi kaum dan majoriti ahli parlimen memihak kepada mereka. Berikut adalah perancangan sulit yang tidak menjadi pada PRU-13 yang lalu:
- Pakatan pembangkang mensasarkan kemenangan pada PRU-13 yang lalu, dengan majoriti mudah sudah memadai. Katakanlah pakatan pembangkang memenangi 112 kerusi sahaja dan membentuk Kerajaan. Komposisi parti yang menang tidak penting kerana DAP berupaya "mengawal" rakan-rakan sepakatan yang lain dengan wang ringgit dan wanita.
- Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi PM.
- Sebagai Kerajaan yang menguasai majoriti mudah dalam dewan, mereka akan mengusulkan agar Singapura kembali ke pangkuan Malaysia. Dengan jentera penerangan seperti yang ada sekarang, ia pastinya tidak menjadi masalah kerana alasan ekonomi dan kekuatan ketenteraan yang dimiliki Singapura akan digunakan sepenuhnya. Para pemimpin Melayu pakatan pembangkang juga tidak akan membantah kerana faktor perkara 3(b) di atas. Sebagai PM yang bertunjangkan DAP, Anwar juga tidak akan membantah kerana mahu mengekalkan jawatan yang sedia lama dikejar.
- Perkara 2 Perlembagaan Negara akan digunakan bagi tujuan ini. Sokongan majoriti 2/3 tidak diperlukan. Singapura tidak mempunyai masalah dan bersetuju untuk menyertai Malaysia, kerana mereka sendiri sedar, negara bandar mereka tidak akan selamanya boleh bergantung hidup kepada ehsan Malaysia dengan sumber sifar. Lagipun, keputusan ini adalah jauh lebih baik daripada menghantar bala tentera mereka untuk menawan Malaysia!
- Dengan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia kembali, komposisi kaum di negara ini berubah dalam satu malam. Orang Melayu dan orang Islam menjadi bangsa kedua teramai
- PAP mengumumkan menyertai Kerajaan Pakatan Pembangkang. PAS dan PKR akan lebih gembira kerana mereka berjaya menguasai 2/3 Dewan Rakyat dalam sekelip mata. Anwar Ibrahim juga tiada masalah kerana beliau adalah pelopor kepada perbuatan lompat parti ini.
- DAP mengumumkan pembubaran parti tersebut dan bergabung dengan PAP. PAP kini menguasai 2/3 dewan rakyat.
- USUL melupuskan hak orang Melayu, ISLAM, Raja-Raja Melayu, akan diluluskan dengan majoriti 2/3 tanpa masalah. Orang Melayu dan Islam Malaysia kini setaraf dengan Singapura. Jabatan agama Islam dan jawatan MUFTI dimansuhkan. Bahasa Cina dan Inggeris akan diangkat sebagai bahasa rasmi setaraf dengan bahasa Melayu.
- Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan seperti PDRM, ATM digantikan dengan orang Cina atas alasan MERIT. Persempadanan semula kawasan pilihanraya dilakukan bagi memastikan kerusi orang CINA sekurang-kurangnya menguasai 2/3 dewan rakyat. UMNO dan semua pertubuhan Melayu diharamkan.
- Cukup dua tahun, ANWAR IBRAHIM digulingkan dari jawatan PM secara undi tidak percaya dan digantikan dengan PM baru dari PAP, iaitu LIM GUAN ENG.
- LIM GUAN ENG mengumumkan secara bersejarah bahawa KRISTIAN KINI ADALAH AGAMA RASMI BARU di MALAYSIA!
Hanya selepas satu generasi, barulah orang Melayu tersedar yang mereka telah pun kehilangan sebuah negara dan kini hidup di bawah ehsan orang kafir. Ketika itu, ahli parlimen mereka pun adalah yang paling minoriti dan tidak mampu bersuara. Masa itulah, baru terkenang kembali nikmat hidup di zaman kegemilangan Melayu Malaysia di bawah UMNO.
Namun ketika itu, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. Kalau kita tidak beringat, PRU-14 akan menjadi HARI KIAMAT buat kita semua. Wallahu'alam.
SUMBER : MyMassa
Post a Comment