PRK DUN Sungai Limau Bakal Berlangsung! TERKINI Azizan Meninggal 11.10 Pagi Tadi #MalaysiaNews


Takziah. Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak Mantan MB Kedah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 11.10 pagi tadi. Sama-sama kita doakan beliau dicucuri rahmat. 

Maklumat yang diterima, Jenazah akan disembahyangkan di Kompleks PAS Pokok Sena dan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum waktu Asar hari ini.

Biar Jasa jadi Kenangan.





AL-Fatihah. Dikhabarkan bekas MB Kedah Ustaz Azizan baru menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Salam takziah buat keluarga beliau. 
Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain. 
Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005. Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital. 
Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula. 
Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Post a Comment