#Bajet2014 : Makluman Sahih Buat Penjawat Awam!

Menurut sumber dalaman MOF :

Terbaru budget 2014, di mana tiada keistimewaan bagi 1.42 juta penjawat awam, hanya mendapat bantuan sekolah diberikan sebanyak RM500 pada akhir tahun naik persekolahan, itu telah di kira bonus cukup RM1000 dicampur bantuan raya tempohari bulan dulu.

Skim baru diperkenalkan tidak menguntungkan gred bawahan iaitu gred R1-N32 tetapi menguntungkan gred 41 ke atas.

Ada sedikit penambahan elaun perumahan, tapi tiada perubahan bagi elaun cola, elaun khidmat awam, elaun kritikal, elaun kerja luar, elaun keraian, BITK, elaun perjalanan, lojing, overtime dsbnya..

Tiada kenaikan gaji, tempoh kenaikan pangkat KUP masih 13 tahun, tiada kenaikan pangkat bagi penjawat awam yg memiliki ijazah dan master bagi tempoh lama berkhidmat.

Skim transformasi tiada anjakan gaji serta pangkat serta akhir sekali pemilikan rumah mampu milik bagi penjawat awam masih di takuk lama, harga rumah dianggarkan RM180 ribu- 300 ribu.

Kos sara hidup akan meningkat naik pada awal bulan Oktober nie (bulan 10) dgn kenaikan harga minyak RON 95 -20 sen, Diesel-20 sen dan RON 97-15 sen, kenaikan segala bentuk barangan dan perkhidmatan akan naik mendadak..

Bajet 2014 juga akan memperlihatkan segala jenis cukai/duti eksais dsbnya, yg terhimpitnya adalah penjawat awam gred R1-N32 yg kini dalam kesempitan hidup..

TIADA KENAIKAN GAJI DAN GRED.. SEKADAR KENAIKAN ELAUN SAJA

Apa Kata Hangpa semua Penjawat Awam? Minta Pandangan dan komen..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Post a Comment