Jawapan Balas KBS Berhubung Isu Bayar K-POP RM1.6 juta #MalaysiaNews


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-POP daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada pihak penaja.

Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perinchian.

Kos RM900,000 ini adalah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk penyelesaian.

Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan daripada pelbagai syarikat bernilai RM28 juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga perlaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yag dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Namun ini merupakan Siaran Media lama yang dikeluarkan tahun lepas. Apakah KBS akan menjawab isu Laporan Audit Negara yang dihebohkan kini seperti di bawah?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Post a Comment