LIVE #PRKSgLimau : Ustaz Mat Sabu Bentang #Bajet2014 di Bukit Choras


Ceramah Pas di Bukit Choras malam ini memomokkan isu BN tipu apabila menaikkan harga minyak walaupun janji tidak naik. Hakikat pengurangan subsidi memang menyakitkan dan sukar difahami Puak Pas.

Isu GST turut dicanang sama.. Dakwa belanjawan yg dibentang esok akan bebankan rakyat dengan potongan subsidi.. Seperti mereka pula dia pula terlibat dalam merencanakan bajet.

Beliau turut menambah rakyat Sungai Limau menetapkan sokongan kepada PAS dgn mendakwa memilih PAS bererti pengundi berada 'dijalan yg lurus'.

Kini Pesuruhjaya Pas Melaka, Haji Adli sedang berucap. Modalnya Pas dan UMNO berbeza sebab Islam adalah landasan perjuangan PAS akan mengangkat kedudukan Islam yg tertinggi.

Isu minyak turut dicanangkan sebagai negara pengeluar minyak tapi hasil tidak dapat kepada rakyat kerana rasuah,salah guna kuasa sehingga kerugian berbilion ringgit setahun.

Mat Sabu juga menyentuh perihal yang sama. Ketika ini Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar baru tiba di Bukit Choras.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Post a Comment