#PRKSgLimau PAS Bakal Kecundang? #MalaysiaNews

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lepas telah menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sementara tarikh penamaan calon pula pada 23 Oktober ini.
PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.
Itu keputusan PRU yang lalu. Difahamkan hasil pemantauan awal dari sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa PAS bakal kecundang teruk.
Untuk rekod, sejak Menteri Besar Kedah, Mukhris Mahathir mengambil alih dari pimimpin PAS terdahulu mentadbir negeri, penerimaan termasuk ahli PAS terhadap kepimpinan anak mantan PM tersebut adalah sangat baik.
Pengundi Sungai Limau mengakui, mereka lebih mementingkan Calon berbanding Parti. Jika dilihat, Parti PAS sendiri kini sudah hilang kepercayaan akar umbi yang menilai jelas pemimpin PAS kini banyak Syiah dan berkiblatkan DAP.
Momentum PRK selepas pembentangan bajet juga dilihat memberikan kelebihan kepada BN untuk mendapat tempat dihati rakyat. Dijangkakan lebih banyak BR1M akan diberikan terus ke dalam akaun penerima yang kebanyakkannya orang melayu di kampung termasuk rakyat pengundi Sungai Limau.
Apapun penentu utama adalah apabila tiba hari pengumuman calon oleh ke dua-dua parti bertanding. Dijangkakan akan ada calon BEBAS seperti PRU yang lepas. PRK Sg Limau kali ini dijangkakan bakal menyaksikan pelbagai aksi PANAS dimana PAS juga mahu pertahankan kerusinya.

Post a Comment