#PRKSgLimau : PAS Ikrar Mahu Berkempen Secara Damai #MalaysiaNews

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkeyakinan parti itu akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November nanti.
Namun katanya, walaupun berada dalam keadaan selesa PAS tidak boleh memandang mudah dengan Barisan Nasional (BN).
"Syukur segalanya telah selesai dan kita dapat pertembungan PRK kali ini hanya melibatkan PAS dan BN.
"Melihat kepada rekod yang lepas saya yakin PAS berpeluang memenangi kerusi Dun Sungai Limau, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh memandang mudah kepada BN.
"Kita akan berkempen secara damai, dan jika BN juga berhasrat untuk berkempen secara damai kita sambut baik kerana itu yang seeloknya." sambung beliau. Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samad dipilih mewakili parti dan Pakatan Rakyat pada PRK Dun Sungai Limau. -Harakah- 

Kita tunggu dan lihat setakat mana PAS nak bertanding secara damai, hari ini baru masuk hari ke 2 berkempen. Apapun di pihak BN, segala persedian telah dibuat, bom peletus jika perlu juga pastinya akan dilondehkan secukup. Jangan lupa, PAS bertanding di kawasan bekas MB mereka, adakah PAS lupa najis PAS bersepah di Kedah ni. Sekali dibuka habisla tembelang PAS yang kononnya parti suci, maksum, tidak pernah buat salah. Maklumla para ularmak semua yang memimpinnya..

Post a Comment