#PRKSgLimau : PAS Takut Tempelak Comango, Kenapa?


Bukan sahaja tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang perlu dihadapi oleh Pas tetapi sebenarnya parti itu akan berdepan dengan lebih banyak tuntutan yang mencabar prinsip Islam sekiranya masih terperangkap dalam tahaluf siyasi parti-parti pembangkang.

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya mengakui ada perkembangan yang baik dalam Pas dengan Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Bagaimanapun, saya melihat tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Menurutnya, lagi lama Pas bertangguh untuk keluar daripada pakatan pembangkang, lagi banyak Pas akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan oleh rakan pembangkangnya yang akan menghakis kepentingan orang Islam dan Melayu.

Sebelum ini, Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.


Post a Comment