#PRKSgLimau Penyokong PAS Hijrah Sokong BN? #MalaysiaNews


ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Surah al-Anfal, ayat 74).

Mungkin terlalu awal untuk berbicara berkaitan semangat jihad untuk berhijrah memandangkan Sambutan Maal Hijrah 1435H masih lagi jauh.

Kita mungkin disibukkan dengan Pemilihan Agung UMNO (PAU) 2013, Pilihanraya Kampus, pembentangan Bajet 2014. Tak kurang juga PAS yang turut sibuk bergelut menghadapi pemilihannya dalam Muktamar 2013 nanti. Ada juga yang berkira-kira untuk balik kampung sempena Hari Raya Qurban nanti. Mungkin sedang mengira berapa banyak haiwan ternakan yang akan mereka 'tumbangkan' kelak?

Dunia jangan ditinggal, akhirat pula jangan dilupa. Sempena PRK Sg Limau nanti Mymassa berharap agar penduduk DUN Sg Limau bertekad untuk melakukan penghijrahan zahir dan batin secara beramai-ramai meninggalkan segala kebatilan dan ketaksuban. Berubahlah menjadi seorang Muslim Melayu yang benar-benar memiliki iman yang sejati bukannya terpalit dengan unsur-unsur subahat seperti mana yang dibawa oleh sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam tetapi natijahnya membawa lebih banyak keburukan kepada agama dan bangsa sendiri.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa menyantuni anak-anak yatim dan golongan alim ulama

Berhijrahlah dengan memilih sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dengan memartabatkan bangsa Melayu dan bumiputera sebagai penduduk majoriti negara ini. Sudah begitu banyak jasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam memakmurkan agama dan bangsa ini tanpa meminggirkan golongan minoriti.
Rumah-rumah yang kita diami, tanah-tanah yang kita usahakan, dan segala rezeki yang kita perolehi seharian selama berada di Sg Limau itu adalah nikmat-nikmat  yang Allah s.w.t kurniakan hasil perjuangan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap bangsa dan agamanya. Kita tidak mungkin mendapat hak-hak ini jika kepimpinan Negeri dan DUN diberikan kepada pihak yang bukan hak atau kutu-kutu brahak.
Hanya mereka yang tamak dan tidak bersyukur saja yang  selalu mendakwa UMNO dan BN dengan pelbagai buruk sangka. Namun kepada Allah s.w.t saja tempat UMNO dan BN berserah dan  sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yang sentiasa ikhlas berjuang demi agamaNya.


Kerjasama erat antara ulama dan umara akan memberikan kejayaan kepada Negeri yang ditadbir

Kita akui UMNO dan BN tidaklah 100 peratus sempurna kerana tiada satupun ciptaan Allah yang sempurna apatah lagi sebuah parti yang diwujudkan oleh manusia. Namun percayalah parti keramat ini sentiasa memperbaiki diri dengan beristiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t. Perjuangan jihad memartabatkan Islam dan Melayu tidak pernah lekang dan sentiasa ada penambahbaikan.

Justeru kami menyeru dengan penuh tawadduk kepada pengundi-pengundi di DUN Sg Limau agar bertekad melakukan perubahan pada 4 November ini dengan berhijrah beramai-ramai memilih calon UMNO  - Barisan Nasional  untuk menjadi ADUN baru bagi mewakili ummah dan rakyat di kawasan ini demi kelangsungan kita memartabatkan agama, bangsa dan negara bersama.

Semoga semangat Awal Muharram 1435H pada 5 November nanti membawa sinar kejayaan dan kemenangan kepada UMNO dan BN di DUN Sg Limau ini. Insya Allah.

Hayatilah erti pengurbanan dan hijrah. Kenalilah dirimu rata-rata, hargailah budi mereka yang berjasa, barulah kamu mengenal Tuhanmu yang nyata.
 
Allah Akhbar...Allah Akhbar...Allah Akhbar ...Berani Berhijrah untuk Kedah!

Sumber : mymassa

Post a Comment