#PRKSgLimau : Retweet! PAS Siap Sedia 3000 Bot untuk bantu Mangsa Banjir

Keadaan Banjir yang berlaku di Yan
Alhamdulillah, hujan mencurah-curah menyambut ketibaan aku bersama beberapa orang blogger untuk membawakan berita secara langsung yang tulus mulus ikhlas dari hati sanu bari ukiran anak mudah kedah yang membesar tidak jauh dari kawasan PRK Sg Limau.

Terkini ketibaan aku selain hujan yang turun tak berhenti-henti berita yang konfrem lawan PAS gugup takut hingga terkencing apabila wakil PAS yang ditemui di Yan ini berkata dengan gahnya bahawa PAS bersama unit amalnya telah bersedia dengan sebarang kemungkinan bencana banjir dalam PRK Sg Limau ini. Menurutnya yang namanya enggan dikenali berkata beliau sendiri akan menyediakan 3000 bot dan kawasan perpindahan bagi mangsa banjir yang selesa beraircond 3.0 kuasa kuda serta makanan yang lazat lagi berzat jika berlakunya bencana banjir bagi memperoleh undi yang lebih besar kali ini.

Tambahnya, terdahulu kemenangan PAS pada PRU lepas dengan majoriti yang kecil adalah memalukan kepada pihak PAS dimana kawasan tersebut merupakan kawasan bekas MB Kedah. Sepatutnya katanya, kawasan MBlah paling maju serta mendapat undi tertinggi sehingga boleh menghilangkan wang pertaruhan lawan mereka BN.

"Kali ini, jentera PAS lebih bersedia. PAS kini mendapat dana besar hasil hubungan bersama taukeh besar cina DAP lebih bersedia membela rakyat yang bukan saja dihimpit kesukaran akibat banjir,"

"Lihatlah, hari ini saja kita telah membuat servey mangsa banjir dan bantu yang bakal diberikan nanti kepada mangsa terdahulu lagi kerajaan BN,"

"PAS juga tidak lagi menggunakan kaedah menyerang dengan menuding jari itu ini semua salah BN dan menabur janji-janji palsu bagi memenangi hati rakyat bagi PRK Sg Limau ini"

»» Agaknya PAS boleh ka buat macamtu? Hangpa Pikiaqla sendiri Nooo! Hangpa Pangkahla Lagi! ««

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Post a Comment