#PRKSgLimau Tarikh Penamaan Calon 23 Okt Pengundian 4 Nov #MalaysiaNews

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sementara tarikh penamaan calon pula pada 23 Oktober ini.
"Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini. 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, Khamis.
PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.
Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

Post a Comment