#PRKSgLimau : Tiada Cuti Umum, Cuma Pelepasan Waktu Bekerja SAHAJA!

Bagi PRK Sungai Limau, tidak sama dengan perkara kebiasaan bagi negeri-negeri lain yang biasanya memberikan cuti umum bagi membolehkan rakyat membuang undi.
Bagi Kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah yang menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diberi pelepasan waktu berkerja untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian 4 November depan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pemberian pelepasan waktu bekerja merupakan langkah terbaik tanpa perlu mengisytiharkan cuti umum kepada seluruh rakyat negeri ini.
Keputusan berkenaan sekaligus menolak cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum bagi memudahkan pengundi yang terlibat dalam PRK Sungai Limau melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November (Isnin) depan yang jatuh pada hari bekerja sebagai hari pengundian bagi PRK Sungai Limau susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menentang wakil Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Post a Comment