Retweet! : PAS Mulakan Serang #PRKSgLimau Diatas Kekalahan Mukhriz Dalam #PAU2013


Jentera PAS yang sampai mencurah-curah bagaikan hujan yang turun di Sungai Limau ini mula meracuni pemikiran rakyat sekitar kawasan tawanan mereka. Hasil dari risikan aku, ramai yang telah dihujani dengan racun membunuh kononnya berlaku tangan-tangan ghaib yang mengalahkan Menteri Besar Kedah yang juga merupakan anak Mantan Perdana Menteri, Tun M.

Kesempatan diatas kelantangan Tun M, jentera PAS kini memainkan strategi Najib dan Timbalannya kini sedang ketakutan apabila menyingkirkan Mukhriz pada Pemilihan Agong UMNO yang lepas. Tambah mereka yang berhati busuk kononnya lidah ulama dan pembawa Islam yang sebenar itu, Menteri Besar Kedah kini lebih layak dijulang berbanding KJ yang kononnya pemimpin UMNO paling rosak dan tidak berkelayakkan.

Jentera PAS sedar bahawa, Kedah sangat sensitif jika serangan "MAHAFIRAUN" digunakan terhadap Tun M. Jentera PAS juga akur kepada kepimpinan Muhkriz sekarang yang dilihat diterima segenap rakyat seluruh Kedah. Justeru, serangan terhadap TUN M dan anaknya merupakan satu tindakan bodoh dan bakal memberikan kemenangan besar kepada BN.

Maka, idea terbaik adalah dengan meracuni fikiran rakyat kononnya UMNO kini krisis besar dengan Tun M dan anaknya selepas gagal dalam #PAU2013. Dengan sentiment ini dirasakan kononnya Rakyat akan bangkit marahkan UMNO/BN kerana menggagalkan Menteri Besar Kedah yang mereka sayangi. Strategi ini sudah mula dimainkan di blog pro pembangkang dan lidah rasmi PAS Harakahdaily selain taburan fitnah yang ditabur secara terus melalui cakap-cakap di Sungai Limau ini.

Post a Comment