Tinggal 48 jam sebelum pemilihan pusat PAS, persaingan antara dua calon timbalan presiden parti Islam itu masih sukar ditentukan kelebihan memihak kepada siapa ekoran pertembungannya ibarat buku bertemu ruas.
Menurut sumber-sumber PAS, keputusan pemilihan bergantung kepada undi menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa yang dianggap mempunyai kuasa penentu.
Sokongan yang diperoleh mereka di peringkat kawasan perlu diambil kira memandangkan berjaya mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan nombor dua sebelum menarik diri daripada persaingan.
Satu versi menyatakan, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan berdasarkan hubungan 'tidak mesra' Nik Amar-Husam akibat politik dalaman PAS Kelantan dan kerajaan negeri.
Kedua-dua mereka pernah menjadi exco yang sama-sama berpengaruh bawah pimpinan tokoh terpenting PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.
Bagaimanapun, hubungan Mohamad Sabu dan Husam juga mempunyai sejarah 'calarnya' sendiri apabila sama-sama berentap pada 2009 untuk jawatan sama dalam pertembungan tiga penjuru dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.
Mohamad dan Husam walaupun dianggap satu aliran, masing-masing gagal berkompromi - situasi yang memberikan kelebihan kepada Nasharuddin, calon proulama ketika itu.
Keahlian dan perjuangan
1. Kedua-duanya ahli PAS tegar, dulu kini dan selamanya
2. Kedua-duanya banyak berkorban dalam perjuangan Islam dan PAS
3. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing yang hebat.
4. Kedua-duanya pernah melalui tiga peringkat ujian bertempur dengan musuh dalam PAS (PRU) dan memegang jawatan lebih 3 musim; inilah syarat dalam sunnah Nabi sebelum Nabi s.a.w. beri tugas pada sahabat utk jadi pemimpin dalam perang
Kemahiran, Ilmu, dan Pentadbiran
1. Mat Sabu ada diploma dari UiTM? Nik Amar ada Bachelor (Islam) dari UKM Masters (Philosphy) dari England
2. Mat Sabu boleh berbahasa Arab sedikit, dan Bahasa Inggeris (intermediate), 4. Nik Amar boleh berbahasa Arab dengan fasih dan Bahasa Inggeris dengan fasih
3. Mat Sabu tidak pernah mentadbir negeri, Nik Amar pernah dan sedang mentadbir Kelantan sejak 1990
4. Mat Sabu tidak pernah mengajar, mendidik, dan menyebar ilmu secara formal, tetapi informal sahaja; Nik Amar pernah mengajar, mendidik, dan menyebar ilmu secara formal di UIA selama 10 tahun dan mengaja dan menyebar ilmu di surau, masjid dan program tarbiyyah pas
5. Mat Sabu tidak mempunyai ilmu Islam yang mendalam, Nik Amar ahli agamawan.
Ujian perjuangan Suci Dalam Debu
1. Mat Sabu pernah dipenjara, dipukul, disembur air asid dalam demonstrasi dan dibuang daerah, Nik Amar tidak lalui semua ini.
Rekod Suci Dalam Debu
1. Mat Sabu pernah ditangkap tangkap basah tetapi kesudahannya diam membisu jer tanpa kesudahan jelas, dan dituduh sebagai Syiah walaupun Mat Sabu telah angkat sumpah depan Majlis Syura PAS yang dia tidak menganut Syiah.
2. Nik Amar pula dituduh oleh orang Husam sebagai campurtangan dalam pemilihan EXCO Kelantan yang menyebabkan Husam tidak terpilih sebagai EXCO walaupun Sultan Kelantan sudah beri penjelasan yang baginda tidak setuju Husam sebagai EXCO sejak sebelum PRU 13.
Agaknya siapa yang bakal ditabalkan sebagai "Timbalan Presiden" PAS?