DAP Lebih Menyerlah dalam #DewanRakyat Berbanding PAS dan PKR? #MalaysiaNews

Ahli parlimen muda DAP didapati lebih menyerlah dalam kalangan ahli parlimen muda dari Pakatan Rakyat.
“Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di parlimen adalah dari DAP dan juga PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif.
“Dari PAS, saya melihat ahli parlimen mudanya sepi,” kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam laman Facebooknya.
Beliau menjelaskan bahawa ketika laporan ketua audit negara perbahasan ahli parlimen DAP muda menyerlah.
“Antaranya ialah Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming (38 tahun)  Ahli Parlimen Kluang  Liew Chin Tong (35 tahun) dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (32 tahun). Mereka ini aktif dan mempunyai maklumat di tangan untuk berdebat dan membahaskan sesuatu isu.
“Bagaimana ahli parlimen muda DAP ini boleh aktif? Siapa yang membekalkan mereka maklumat untuk terlibat dalam debat di parlimen atau apakah itu adalah hasil usaha sendiri?” Agus berkata.
Beliau berharap agar pemimpin pemuda dalam PAS seperti Suhaizan Kaiyat, Zulhazmi Shariff dan Kamarulzaman Mohamed yang memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan pada bulan ini akan dapat diketengahkan sebagai ahli parlimen kelak.
“Jika PAS dapat meletakkan pemimpin mudanya yang agresif sesuai dengan trend politik hari ini, maka persaingan sengit antara UMNO-PAS akan berlaku,” katanya.
Antara ahli parlimen PAS muda sekarang ialah Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz.  Mereka merupakan sebahagian daripada 21 ahli parlimen PAS.
Jika dibandingkan dengan PKR, Agus menyatakan bahawa ahli parlimen muda parti tersebut juga kurang menyerlah selain daripada ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang juga ialah naib presiden parti.
Selain itu, Agus turut memuji Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang petah berhujah dan terbuka.
Agus ketika berumur 23 tahun dan sedang melanjutkan pengajian Sarjana di Manchester.