PENDEDAHAN KISAH DISEBALIK ISU Kuil Muniswaran : Dikritik Kaum India Sendiri Kerana Menyeleweng?


cerita sebenar didedahkan oleh kaum hindu sendiri.saya harap lepas ni tolong tutup isu ini wahai puak pembangkang.penulis ini menceritakan kisah sebenar apa yang terjadi di kuil Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.cerita di bawah sebenarnya adalah dari bahasa inggeris.saya dah translate ke bahasa melayu.saya bukan nak melagakan kaum india dan saya bukan rasis tapi ambil ini sebagai iktibar wahai pembaca Badut Rakyat.sebenarnya yang melagakan kita adalah pembangkang.itu realiti !!!

Johny Walker Muniswaran

Seksyen yang berasingan dari kuil kita digunakan untuk lepak.Ini adalah Pechayiamman.Sebuah patung sangat jarang berlaku.
Semasa umur saya sekitar 14 tahun,saya sering menyertai ‘senior’ saya yang aktif downloading (menurun) Tuhan ke dalam jasad mereka.Di dalam kawasan perkuburan Klang ada sebuah kuil Kali yang kerap kami kunjungi.Berbagai upacara pooja dilakukan di situ oleh sami ‘terlatih’ hanya melalui pengalaman sendiri,hampir sepanjang upacara mereka menjerit-jerit seperti disampuk hysteria mungkin kerana kerasukan semangat ruh.Kalau di ingatkan balik,memanglah ia pengalaman yang menakutkan berada dalam kuil dalam kawasan perkuburan dikelilingi beberapa macha yang lidah terjelir-jelir keluar seperti dewi Kali,merenung tajam ke mata dan meramal apakah nasib masa depan saya.Sebaik saja drama downloading Tuhan selesai,macha-macha tadi akan lepak sambil pekena dua tiga balut (ganja). 

Mari kita lihat isu kuil Muniswaran yang dirobohkan baru-baru ini.

“Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata seorang sami yang berkunjung ke kuil tersebut sebelum Deepavali mendapati hanya ada 6 orang penganut Hindu di sana.”

“Sami itu kemudian pergi ke tandas dan mendapati ada tersimpan minuman keras di sana.Sami berkata ini memalukan agama Hindu” beliau berkata hari ini"

Perkara pertama yang perlu diketahui disini ialah,teramat jelas yang bukan semua struktur kuil telah di roboh.Kedua,padan muka dengan kesemua India muttal pengikut Waythamoorty suttee yang mengundi BN,kerana terlalu yakin mereka akan berkuasa jika mereka menang.Memorandum Kesefahaman yang ditandatangani Waythamoorty itu hanyalah seperti tisu tandas saja dimata Najib.Ketiga,isu sebenar. Isu sebenar yang hendak saya bincangkan.Tengku Adnan ternyata telah menghina kaum Hindu di Malaysia,mencetus kemarahan dikalangan komuniti India.Beliau menuduh tandas kuil telah diguna bagi menyimpan minuman keras dan kuil telah disalahgunakan.Sebenarnya saya pun tidak teperanjat dengan kenyataan itu.Inilah punca kepada semua isu.Bila beliau berkata kuil telah disalahguna,ia adalah kenyataan yang benar.Saya melihatnya dengan mata saya sendiri.Sebenar nya,ketika kita berjuang bermati-matian mempertahankan hak kita beragama Hindu dalam negara.hakikatnya tanpa kita sedari,kita lah yang menghina agama kita sendiri.Kita memperbodohkan diri kita dengan perkara yang kita praktik.Fuck kita tidak ada pun satu garis panduan untuk apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu dihindari.Hindu Sangam Malaysia,lagi satu pertubuhan yang tak boleh diharap,tak mampu mewakili penganut agama Hindu atau perkara yang berkaitan.

Bila Tengku Adnan menyatakan yang kuil telah disalahguna untuk aktiviti haram,tak payah lah kita nak beremosi.Kita perlu berfikir secara rasional.Saya tidak suka Umno pun,tapi kita tak boleh menolak kebenaran.Cuba fikir apa yang dah benar-benar sedang berlaku dalam kuil kita sekarang ini.Ada satu isu yang berlaku sebulan yang lepas semasa perayaan Qurban,di mana penganut Hindu membantah penyembelihan Qurban dilakukan dalam kawasan sekolah yang sepatutnya dijalankan dirumah sembelihan.Kononnya itu akan memberi kesan kepada pelajar sekolah.Saya langsung tak ambil peduli.Di kuil kita sendiri pun banyak kambing yang dikurbankan tanpa belas kasihan dan ia berlaku ditontoni oleh kanak-kanak yang berada disitu.Mana perginya pahlawan Hindu? Bawa la kambing-kambing tu ke rumah sembelihan.Orang seperti Tengku Adnan sedang mentertawakan kita kerana mereka tahu mereka sedang bercakap perkara yang betul.Mereka tahu apa yang diperkatakan mereka itu benar-benar berlaku.

Saya yakin minuman keras yang dijumpai di dalam tandas kuil itu kemungkinan ialah barang sembahan untuk Tuhan Muniswaran.Muniswaran ungge kitta Johnnie Walker kettarada? Kuil sepatutnya digunakan sebagai tempat mendapat pengajaran bagi generasi muda.Ia sepatutnya menyuntik nilai-nilai moral dan rohani kepada kanak-kanak dan dewasa.Kasih sayang sepatutnya disebar secara saksama dan kebaikan perlu ditunjukkan kepada semua.Tetapi,kita ada kuil yang hari-hari menjalankan upacara sembelih kambing.Inilah upacara mandi darah yang macha warisi dan kelakuan mereka dipertontonkan kepada macha lain.Apa gunanya mempertahankan agama yang kita tak turuti nilai-nilai yang diajarkan? Ini termasuk kesemua yang berada di dalam PKR dan MIC.Chumma padem punde than overah.Nak menganjur protes besar-besaran konon Ningge pandre ulel mayireke yenthe samikude unggele kapathathe.Masih tak yakin macam mana agama Hindu diamalkan di Malaysia? Ni video klipnya.
Baca seterusnya di sini : http://badutrakyat.blogspot.com/2013/11/eksklusif-kisah-sebenar-apa-yang.html