'Tanya sama Anwar apa sebab goyang? Nanti jawab Anwar Sabah DAH HILANG…!!!'
Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.