Usul kenaikan gaji tersebut diluluskan oleh DUN Selangor sebentar tadi.
Gaji pokok ADUN yang kini RM6,000 naik 87 peratus kepada RM11,250.
Bagi Exco pulak, gaji mereka naik paling tinggi iaitu 231 peratus dari RM6,109 ke RM20,250.
Gaji Speaker naik dari RM6,109 kepada 22,500 dan Timbalan Speaker dari RM3,327 kepada RM15,750.
Manakala gaji MB Selangor pulak naik 106 peratus dari RM14,175 kepada RM29,250.
Perkara tersebut diluluskan dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh ADUN.
Sebelum itu, Abdul Khalid ketika membahaskannya berkata kenaikan itu dibuat berpandukan negeri Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kata Khalid, kenaikan tersebut dibuat selepas melihat peningkatan hasil dalam kerajaan negeri.
"Beban tugas yang dipikul tanpa mengira waktu... keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus meningkat jadi pertimbangan sewajarnya harus diambil" katanya hari ini.
Namun beliau mengingatkan, peningkatan gaji itu juga menandakan tanggungjawab badan eksekutif negeri termasuk Exco selepas ini akan jadi lebih berat dan bertambah.