Macam-macamla puak cyber warrior ni. Itu ini depa semua serba tahu. Terkini ada pulak duk canang kerajaan BN melalui Kementerian Menteri Buih akan menggenakan bayaran kepada semua pengguna facebook. Fitnah ini antara lain juga menyatakan bahawa Jabatan Facebook Negara akan ditubuhkan memandangkan pengguna facebook kini semakin ramai.
Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.
Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.
Untuk rekod fitnah ni dibuat hasil berita dari Malaysian Insider.
Versi bernama :
Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.
Untuk rekod fitnah ni dibuat hasil berita dari Malaysian Insider.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.
Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.
Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.
“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Shabery berkata, setakat ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.
"SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi.
"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.
Versi bernama :
Sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen.
"SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Facebook, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Bakar di persidangan Dewan Negara pada Selasa.
Abdul Rahman bertanya mengenai bilangan kes menghina Islam dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pihak berkenaan selain usaha kementerian untuk memastikan bentuk penghinaan seperti itu tidak berulang.
Ahmad Shabery berkata SKMM melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' untuk menggalakkan orang ramai membuat pengawal seliaan kendiri supaya mereka menggunakan laman sosial dengan berkesan.
"Kempen ini untuk didik orang ramai supaya membezakan apa yang baik dan tidak baik dalam laman sosial dan yang mana boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai," katanya.
Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.
Pada masa ini, katanya Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.
-- BERNAMA